Nuffnang

Tuesday, November 30, 2010

Pinarello

28 November 2010

Assalamualaikum?

Hergghhhhhh! Satu hela nafasku untuk melepaskan ketegangan otot2 minda. Letih sangat hari ni. Macam2 aku buat. Tapi tak la ‘banyak’ aktiviti, tapi satu aktiviti pun dah membuatkan aku letih sangat. Dah la letih. lepas tu aku makan hari ni tak berhenti2. Ntah kenapa la aku ni. Semakin gemuk dan gemuk setiap hari. Grrr! Sapa minta nak nak jadi gemuk weyh? Aku nak badan sihat la. Cuma gaya hidup sihat dan aktif seperti dulu dah lama aku tak amalkan. Aku suka sangat makan macam2 tanpa kawalan. Tambah2 kalau pasal ayam goreng. Lagi la aku suka. Bila cakap pasal ayam. Aku teringat la pula pasal barbeque dengan classmate aku sempena jamuan kelas. The main menu is ‘ayam’. Aku dengar berbelas ekor ayam juga diorang beli. Ada ayam yang digoreng ada yang dibarbequekan. Ada juga untuk dilapah mentah2. Opps! Sorry. Tak dela. Acah je. Tapi yang menjadi isunya. Aku Cuma makan tiga ketul ayam + bihun + air = tak kenyang. :’( kesian tak. Aku bukan tak maw makan banyak. Cuma aku malu. Yela, aku kan budak baru. Tak kan la nak sental ayam banyak2. Padahal aku bayar duit sikit je pun. Agak2 la kan. Lagipun, untuk ‘mencoverise’ malu tu. Aku minta diri untuk balik la. Aku rasa aku budak classmate yang balik paling awal. And by the way, i felt like never existed there anyway. Because no one entertain me there. Just syamil, din and dino je. Sebab tu aku suka kawan dengan depa. They do really care about me, and they know how to treat new comer, especially me that ‘freshy’ one here. It is to hard to treat new friend? I think not. Figure it yourself. ^^but it nice to meet you all. I know u guys must be so fun soon after i know you all better. Maybe it takes time.

Aku nak la cerita pasal apa yang aku buat dari pagi tadi. Tak da apa la menarik. Tapi saja la nak cerita. Pagi2 tadi aku kena hantar ayah aku pergi Restoran Nasi Kandar Makbul. Actually bukan betul2 kat Makbul tu. Just betul2 simpang2 nak masuk tu je. Ayah aku ikut rombongan kerja dia pergi Yala, Thailand. Aku sebenarnya tak tidur pun semalam. Aku bukan boleh tidur sebab aku dah tidur petang semalam dari pukul 5.30 sampai pukul 8 malam. Mana mengantuk pun sampai pukul 5 pagi tu aku dah dengar ayah aku mandi tandanya dia dah bersiap nak suruh aku hantar la. Aku steady jela. Aku just buat2 ngantuk jela takut ayah aku tanya banyak pula kenapa aku tak tidur. Dia bagi aku rm15 duit tangan. Lepas2 aku hantar ayah aku tu, aku nak cari la kedai makan sibuh2 sebab aku lapar sangat. Hehe. Nak pergi makbul nanti ayah aku kata pa lak. Aku pergi la nasmir. Tengok 2 lauk tak da, kalau lauk tak da nak kedarah pa. Aku ronda2 la tempat len kot2 ada kedai2 kuih dah buka, dalam masa yang sama aku sempat tengok lagat ‘mat2 rempit’ a.k.a ‘mat cari mampus’ buat lagak ngeri depa. Grrr! Aku tak risau depa jatuh berselerak ke apa, aku Cuma takut depa langgar orang ja. Baruah la depa tu. Depa semua aku tengok naik EX5 ja. Tapi pulun macam naik motor + roket je. Yela, dah menerap atas motor, aksi ‘fly’. Depa cuba nak buat aksi yang dikatakan ‘aksi rintangan angin’ la. Grrr! Cuba korang ingat balik cogan2 kata yang kita patut amalkan. Ingat orang yang tersayang. Sayangi diri anda untuk yang tersayang. Bring your heart home. Anda mampu mengubahnya. Ikat topi keledar anda. Ikat tali pinggang keledar anda. Merah tanda berhenti, lambat laun anda akan terhenti. Jangan mencelah. Biarkan bola itu bergolek. Jangan bertindak seperti seekor ayam. Sayangi nyawa anda, ingat yang tersayang. Ok2. Berbalik kepada cerita aku tadi, lepas pusing punya pusing, tengok2 ada kedai kuih kat area market taman ria dah buka. Haha. Apa lagi aku tengok ada nasi lemak. Aku beli la sampai 4 bungkus. Kecik je. Tak sampai besar tapak tangan aku pun nasi lemak tu. Aku budget rm2 jela kan. Sebab aku rasa nasi lemak tu 5 kupang sebungkus. Tengok2 abang tu kata semua rm2.80. kalau rm2.80 kiranya sebungkus jatuh 7 kupang la. Gila. Gila! Apa ni bang, nasi lemak dah la kecik, harga 7 kupang. Kalau boleh aku macam nak snap pic nasi lemak tu tunjuk kat korang. Macam besar sket dari duit syiling 5kupang ja nasi lemak tu. Kalau boleh aku nak snap gambar kedai2 dia sekali nak tunjuk kat korang. Geram betul. Geram, geram juga tapi empat2 bungkus aku makan habis. Hehe. Yela, dah nama lapar kan? Balik2 rumah tu aku sembang kejap dengan ibu aku yang dah bangun. Kejap jela. Lepas tu aku tidur la. Aku bangun pukul 11 la juga. Aku bangun dengan semangat kesukanan yang kembali merangsang jiwa aku. Aku rasa macam aku nak kembali kayuh basikal setelah sekian lama aku tak kayuh. Berbekalkan duit yang ayah aku tinggal tu, aku segera beli barang untuk make-up basikal aku tu. Aku servise basikal aku ke tahap intercore. Aku rongkah habis satu basikal aku. Aku cuci segala derueler2 basikal aku dengan casette dengan minyak petro. Best buat kerja2 ni. Tapi letih. thanks kepada kawan aku Syarifuddin dengan Farhan yang tolong aku dalam menjayakan misi ni. Aku dah tempah sepasang tayar baru untuk ‘baby’ baru aku. Dan aku tengah tunggu frame special custom handmade frame yang akan datang nanti bersama tayar2 baru + mtb shoes +shoe clip + clip paddle. Budget tinggi juga la sebab dengan semangat kesukanan aku pagi ni. Tetiba ja aku rasa lain macam. Ntah la. Gerak hati aku cuba nak bagitaw sesuatu. Aku tak mahu la cerita panjang lebar. Nanti sampai dah, lepas tu aku siap pasang apa semua baru aku cerita habis.

Petang tadi aku penat mencari kedai2 jual stiker yang boleh ditempah. Tapi takda. Sebab banyak kedai tutup. Yela, sabtu. Agak boring tu aku balik la duduk kat rumah je. Rehat2. Malam pula aku duduk rumah tengok movie2 kat tv ang agak seronok. Aku tak pasang astro lagi. So, layan la dulu tv3 or rtm. Hehe.

Erm, yang tu ja kot aku nak cerita pun. Assalamualaikum. Jazakallahuqairankasiran.

No comments:

Post a Comment