Nuffnang

Friday, November 26, 2010

Cerita Orang Pulau

25 November 2010, 9.07PM

Lalalalalala~~ what if ~~ lalala~

Haha. Sambil menulis entri ni, aku tengah mendengar lagu2 jason derulo dengan lagu sixth sense. Memang best gile lagu2 depa ni. Korean song yang baru2 aku tak tahu la. Lama da aku tak tengok music bank. Heee. Miss KBS so so so so much. Lama tak tengok cerita2 best dalam chanel tu. Mesti lagi banyak program baru dalam chanel tu. Geramnya. Mesti aku miss banyak benda. Haha. Ehh, tadi mak aku buat air lengkong. Sedapnye. Nyum2. You guys should taste la. Sedap2. Tapi tekak aku lak gatal2 ni ntah la. Sakit2 sikit. Hehe. Mungkin minum banyak kot. Haha. Dah la manis + sejuk. Minum waktu malam lak tu. Haha. Mana tak sakit tekak. Jap g aku minum air suam ok la kot. Maybe sebab gula yang ada kat tekak ni la puncanya.

In my head~~~fantasy~~laalala~

Aku nak cerita pasal apa ye. Cerita pasal kawan aku datang sini la. Datang jenguk aku je. Hehe. Kenapa la tak maw tidur sini. Hehe. Kalau tidur sini kan best. Boleh kita keluar jalan2 malam ni. Pergi hangout kat Village Mall ke. Food court Tesco ka. Jalan2 kat pekan ke. Haha. Kalau tidur banyak hari boleh la kita pergi mandi2 kat The Carnival. Huhu. Tapi kalau tak tidur pun tak pe. Mai la pagi2 then kita mandi2 sampai petang. Haha. Ok tak? Set?

I’m ridin’ solo~~solo~~lalalala

Pagi tadi dalam pukul 10.20 tadi aku disentak oleh vibrate handphone aku yang beserta deringan ‘What If’. Rupanya panggilan dari Duncan. Huhu. Lepas2 ‘hello’ je Duncan terus cakap ‘ aku kat Seberang Perai Utara ni’. Aku cakap kat dia suruh terus lagi sebab nak dekat dah tu. Dengan mata aku yang tak larat buka tu, aku ‘end call’ lepas tu terus aku pergi mandi. Then, aku siap la. Aku pakai jean dengan sweater siap2. Tengok2 Duncan hantar mesej dia dah ada kat Tol. Aku reply tanya dia tol SP mana. Dia kata tak taw, dia cakap tol tu ada tandas dengan tempat rehat. Aku pening juga dengan apa dia cakap tu. Sebab tol susur keluar semua ada benda yang sama. Aku tanya dia lagi ‘dekat dengan park avenue ka?’. Dia jawab dia tak tahu tapi ada caltex dengan hotel. So, aku dah dapat tangkap la tol mana. Tol SP Selatan. Aku suruh dia tunggu kat caltex. Then aku g la ambil dia. seterusnya (sulit). Lepas tu aku ajak dia pergi rumah aku dulu, rehat2 apa semua dulu. Dalam keadaan yang lapar sebab aku tak makan lagi, Duncan ajak aku pergi kedai vege. Duncan ni memang paham2 je aku suka vegetarian ni. Lapar la bila teringat balik. Duncan kata dia nampak Restoran Vegetarian kat area Tol SP Selatan tu. Kami pun pergi la, even jauh sekalipun. Sebab kawan aku Duncan ni vegetarian. Best juga restoran tu, besar pun besar. Kami tengok lauk dah nak habis. So, kami decites nak makan yang ‘goreng2’ jela. Duncan la pilih, aku bukan paham pun tulisan cina dalam buku menu tu. Duncan order Mee Goreng Taiwan. Ntah la. Aku pun tak tahu sangat. Lepas tu Duncan order juga lauk favourite aku. Babi salai goreng. Nyum2. Tak la! Aku acah je. Daging angsa vegetarian la. Sedap yaw! Tapi sebelum tu aku nak cerita la, kawan aku Farhan pun datang SP juga. Dia mai juga kedai vege tu. Just minum jela. Hehe. Sebab tak sempat order sekali. Dia call awek dia cakap nak makan kat rumah awek dia. Kami lepas tu nak pergi rumah awek Farhan ni la. Tapi sebelum tu nak bagitau la. Duncan cakap bill yang kami makan tu rm24 juga la. Heee~. Thanks Duncan! Sedap taw. Nikmat lagi berganda bila orang belanja. Malu aku dia kerap2 belanja aku. Lepas tu kami pergi la rumah Fatheen tu. Aku malas nak cerita apa yang jadi kat rumah tu. Tapi aku blah dengan rasa marah gila. Aku start2 motor terus aku keluar g tempat lain. Aku pergi Giant. Haha. Saja la jalan2 dalam tu sebab aku tak pernah masuk lagi. Dok lalu banyak kali da tapi masuk tak pernah lagi. Best juga Giant tu. Hehe. Aku lalu semua section la. Survey2 barang yang aku nak beli. Aku dah target berapa barang da. Aku nak beli Wax untuk motor, lepas tu dengan racket badminton. Hehe. Bagus beli kat Giant or Hypermarket lain dari kedai specialise untuk benda2 ni sebab dia murah lagi. Tiba2 handphone aku bunyi. Rupanya Duncan, dia tanya aku kat mana. Aku cakap la aku kat Giant. Dia cakap dia kat rumah aku da. Yela, dia tinggal handfon kat rumah sebab nak charge masa kami g makan tu. Aku lepas tu ters g balik rumah la. Then jumpa2 Duncan ajak dia g jalan2, tunjuk kat dia The Carnival kat mana. Lepas tu bawa dia g Laguna. Haha. Tu jela. Lepas tu balik rumah aku rehat2 kejap. Dia cakap dia letih. aku sembang2 la dengan dia. Hehe! Best je. Rindu sembang dengan dia lama2. Lepas tu aku nak ajak dia pergi online jap kat Nasmir. Dia mula2 on je. Lepas tu tengok2 langit dah gelap sikit dia terus balik Penang la. The End. No Fun Ending. But meaningful day for me.

AsSalamualaikum. Jazakallahuqairankasiran.

1 comment:

  1. entry anda ibarat karangan..
    tahniah..
    karangan anda A++

    ReplyDelete