Nuffnang

Monday, December 6, 2010

Perjalanan Jauh

5 Disember 2010, 10.17

Aku baru je balik dari Penang petang tadi. Letih la. Tak larat gila. Yela, tiap2 hari aktiviti aku full. Nak cerita memang banyak sangat apa yang aku buat dekat Penang tu. Nak dekat 4 hari juga aku duduk kat Penang. Mestilah banyak cerita yang aku nak kongsikan bersama kalian semua. Aku ni tak lokek nak cerita apa pun tentang diri aku. Tapi ‘the main point’ aku pergi Penang ialah untuk bersama kawan2 aku ‘and’ menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu aku. Ok. Aku nak mula cerita dari hari first aku pergi Penang sampai aku balik Sungai Petani balik.

2 Disember 2010

Seperti pelajar2 lain(waktu cuti). Aku ni agak liat untuk bangun pagi. Pagi tu aku dikejutkan oleh ibu aku, katanya kawan aku Farhan datang. Ouh, aku terlupa pula yang Farhan memang nak datang pun hari tu. Aku ajak dia datang untuk pasang balik barang2 basikal aku. Aku meng’up grade’kan basikal aku sikit. Yela, nak main basikal balik. Aku melabur banyak juga duit untuk basikal ni. Tapi tak la banyak sangat. Kalau bagi korang yang tak main basikal bukit (mountain bike, MTB), korang mesti kata banyak dan mahal harga dia. yup, that’s totally true. Tapi bagi yang dah kerja tu, barang2 basikal yang ‘hebat’ ni memang jadi keutamaan kepada sesiapa yang obses pasal basikal ni. Kadang2 sampai beribu2 dorang melabur. Macam aku ni dalam seribu dua ja baru habis. Tapi aku dah upgrade dari basikal yang rm500 pemberian ibu aku kepada basikal yang ala2 ‘high-M’. Berbalik kepada cerita aku. Farhan pasang habis la basikal aku pagi tu, dia cuba selesaikan puzzle yang aku sendiri buat. Aku nak pasang rantai basikal pun tak reti. Pening kepala aku, yela, benda tu berbelit2. Tapi Farhan buat rilex je. Farhan tu mechanic basikal MTB ni. So, no hal la bagi dia takat benda remeh2 macam tu. Lepas pasang semua tu, tengok2 screw caliper aku hilang. Aku ni memang agak ‘bengap’ sikit. SIKIT OK! Tak banyak pun. :P aku dah buka screw tapi tak reti letak balik tempat asal. So, bila dah hilang tu memang frust gila la. Benda2 camtu memang tak da spare-part dah. Kalau nak pun kena beli yang lain satu set. Huhu. Terpaksa la duit aku melayang lagi nanti. Tak pela. Slow2 nanti aku dapat la siapkan basikal tu. insyaAllah. Aku berharap sangat basikal aku cantik suatu hari nanti. ^^ asal la aku suka cakap melencong? Pelik2. Lepas siap2 apa semua tu, aku ajak farhan makan lunch kat rumah aku. Makan biasa2 je. Then, aku ajak farhan pergi jumpa member2 aku. Member aku dekat SP ni sikit ja. Boleh kira dengan jari tangan ja. Lepas2 jumpa member2 aku tu, farhan ajak pergi kedai motor yang jual barang motor tapi untuk cari harga yang terbaik la. Banyak kedai juga kami pergi. Syamil dengan Rusydudin la yang temankan kami. Farhan dapat bandingkan harga barang2 motor kat SP ni lagi murah dari harga kat Penang. Farhan beli ‘mud guard’ dengan ‘ balancing’ untuk motor dia. haha. Tauke kedai tu memang peramah habis. Aku agak frustated juga la waktu tu sebab barng yang dijual kat kedai tu memang murah. Padahal aku dah terbeli kat kedai lain. (T-T) sedihnya. Rugi duit aku. Lain kali aku nak pergi kedai tu ja kalau nak beli barang motor. Lepas2 beli barang motor tu, farhan ajak pergi minum cendol kat mana2. Kawan2 aku ajak la pergi Jo cendol. Memang sedap. Macam selalu aku cakap la. Bila orang belanja lagi sedap. Haha! Farhan belanja aku dengan kawan2 aku makan minum cendol tu. kenapa la mira tu tak pilih farhan (blog dia). kalau tak, untung badan dia dapat laki pemurah macam farhan tu. ^^. Lepas makan tu, kami kena la cepat2 balik. Kali ni, ibu aku izinkan aku pergi Penang, ibu aku suruh ikut farhan balik penang memandangkan

perkahwinan sepupu aku dah nak dekat. Hehe. Aku pun tak kan nak tunggu lagi. Aku siap2 barang2 aku lepas tu kami berangkat la. Best la juga kan bila dapat peluang macam tu. duit tangan yang ayah aku bagi baru2 ni semua dah habis aku pakai untuk beli stiker. Lupa nak bagitaw, sehari sebelum aku pergi tu, aku dah pergi penang . haha. Maknanya tiap2 hari aku pergi penang. Haha. Macam bangang lagi. Kami bawa motor atas highway 170km/j jela. Bawa top speed la. Kami terus point direction pergi QueensBay Mall (QBM) untuk hangout dengan kawan2 balik pulau aku kat sana. Really miss them so much. Tak tahu la depa miss aku ke tak. Kat QBM tu aku jumpa syahimi, farhan fauzi, danish, syawal, syafizan, duncan dengan khairul. Diorang memang happening habis. Kita orang sempat lepak makan2 kat Nando’s chicken je. Lapar sangat la time tu. lepas tu, farhan fauzi ajak aku teman dia beli hadiah kat awek dia. aku nasihatkan dia beli rantai halus dan comel untuk dia. aku cadangkan dia beli kat Vincci. Memang dia beli la, cantik memang cantik. Harga pun agak berpatutan dengan standart cinta dia. lupa lak nak cerita, cowling lens motor aku patah gara2 nak jimatkan 50sen. Aku terlanggar tiang automatik tempat letak motor tu. geram betul aku. Tempat nak bayar tu pun letak hump. Geram betul aku. Hari tu kawan aku tak dan lepas hump tu pun palang automatik tu tertutup. Bonggol tu tinggi macam ‘haram’ lagi. Agak2 la kan.

bersambung.