Nuffnang

Sunday, April 26, 2009

Bicardi

Bicardi


takut betul laa..
orang Islam makin banyak minum benda nie laa.. takut betul laa aku
orang yang aku kenal jugak laa.. huiyooo... pe laa.. aku dengar tanda-tanda kiamat kecil ORANG ISLAM JADIKAN ARAK MINUMAN HARIAN...

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (
Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]



“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
Pembuatnya,
pengedarnya,
peminumnya,
pembawanya,
pengirimnya,
penuangnya,
penjualnya,
pemakan wang hasilnya,
pembayarnya
dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat
Imam Tirmidzi)[3]

Ibu segala maksiat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-
Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
Merosakkan
akhlak dan akidah seseorang
Memalingkan manusia daripada ingatkan
Allah dan daripada mengerjakan solat
Membawa manusia ke arah kemurkaan
Allah
Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara

No comments:

Post a Comment