7 November 2010
Mood: biasa2 saja la.. bosan juga sebab baru pindah kan.. aktiviti pun tak tahu sangat nak buat apa petang2, nasib aku ada motor, boleh juga aku keluar petang2.. hidup aku kat Sungai Petani ni tak berubah apa2 pun.. still sama ja macam kat Jitra.. tak tahu la apa yang bezanya nanti bila lama2 aku dok kat sini.. maybe lagi seronok.. kat sekolah pula, hmm.. best la ada kawan2 baru yang happening.. aku baru rapat dengan 4 orang kawan kelas aku je_SYARIFUDIN, SYAMIL, RUSYDUDIN & KUGAN.. depa sangat baik dengan aku.. rajin juga aku lepak + sembang2 dengan depa.. yang classmate lain2 tu aku tak taw la.. maybe aku baru lagi.. dalam proses nak kenal.. hope diorang boleh jadi kawan yang baik untuk aku.. yang boleh bimbing aku.. harap2 sangat.. InsyaAllah
Aku nak mulakan coretan aku ni dengan cerita hari aku nak pindah.. masa hari aku nak pindah tu. Ada ramai la juga kawan yang datang. Siapa yang datang tu aku ucapkan terima kasih. Jasamu dikenang ye. Terutamanya kepada member2 yang selalu hangout dengan aku la_aidil, arif, hafiz, danish.. yang lain tu_farhan, fakrul, nadiah, faezah, edrina, azween, najwa & farhana.. kalau aku terlupa tu jangan la marah.. mungkin aku tak ingat.. sorry ye.. pagi aku pindah tu, aku pergi jogging dengan kawan2 aku kat tasek.. actually kami bukan pergi jogging pun, just jalan je.. pada masa yang sama, kat tasek tu orang buat pertandingan memancing.. best juga sambil jalan sambil tengok orang memancing, tak sangka juga la masa kami lalu je ada orang tu terus snatch sekor ikan.. perghhh.. ikan patin tu.. best juga kami g jogging tu, hari last dapat juga dengan kawan2 aku pagi2 tu.. lepas penat jalan kat tasek tu kami lapar la pula, kami g cari kedai makan la, kami g la kat gerai kat area tanah merah depan pejabat AADK tu.. ada la sikit aku nak cerita kat kedai makan tu, aku pergi la order roti canai kat brader ni, aku cakap la nak roti canai double, lepas tu dia tanya dok meja mana, aku cakap la dok meja sebelah sana.. dia kata jauh sangat, dok dekat sikit.. dah la buat kalut pe ntah, tak mesra pelanggan langsung, ingat roti dia sedap sangat ka, dah la kerja sowang2 dia, bodoh betul, dia la nak tebar, dia la nak goreng, dia la nak hantar kat meja.. macam ngan ape lagi.. aku rasa dia tu tamak kot.. maybe masa kat sekolah dulu dia tak pernah dengar peribahasa ni kot; orang tamak selalu rugi.. aku rasa dia kalau dia tak ambil pekerja untuk tolong dia.. dia rugi banyak kot.. kalau dia lambat orang blah je.. dia la rugi.. bodoh punya penjual roti canai.. untuk disambungkan cerita, aku tak kisah la, kalau dia lambat aku nak blah ja.. kawan aku yang order nasi lemak pun sama juga, peniaga nasi lemak tu sama je dengan penjual roti canai tu, dia pun jenis pulun sorang2 dia ja.. dia la nak tekap nasi, dia la nak letak kuah, dia la nak goreng telur, dia la nak hantar kat pelanggan.. punya pasal kat depa la, perangai camtu memang tak patut ada sebagai seorang peniaga.. dah la buat kalu teruk.. macam dengan hawaq lagi.. aku dengan kawan aku sempat minum air je, masa aku nak bayar air tu, brader tu tempit dari kedai dia ‘sorry bang roti tak sempat nak buat’.. aku buat muka tak taw jela.. pastu kami blah la cari kedai makan lain.. kawan aku ni bawa la kami g tempat makan yang speacial... dia bawa kami g makan kat area tanah merah juga, kat warung nasi lemak tepi jalan.. kedai tu memang speacial sangat sebab dia open, tak da bumbung cuma ada kerusi meja dengan lauk pauk nasi lemak + tempat jual air.. perghhh!!! Tempat tu memang awesome sangat2.. korang patut cuba makan kat tempat macam tu, best je.. nasi lemak dia lauk murah2 je.. haha, cepat pun cepat sebab layan diri servise.. sedapnye..... haha, terliur aku.. lepas makan2 tu, kami each other ucap terima kasih and goodbye la.. diorang cakap nak mai rumah aku nanti.. huhu, hati aku tak berharap sangat depa dapat mai.. lepas tu aku terus pergi rumah aidil, aku tengok ada motor ariff dengan danish dah kat rumah aidil, aku ingatkan diorang baru balik latihan lesen motor.. tapi sangkaan aku salah.. hehe, diorang maybe nak mai rumah aku kot.. tapi tak tahu la niat depa nak g mana sebenarnya.. lepas tu diorang ajak pergi sekolah tengok not habis buat kerja acc dia.. masa nak pergi tu, ibu aku call kata lori dah sampai, masa tu baru jer pukul 10pagi.. ibu aku kata nak pindah pukul 12.. macam ngan pe lagi.. tapi tak pela, aku cepat2 la pergi sekolah.. hrmm, lepas sampai2 ja rumah aku, tengok2 depa dah angkat barang2 dah.. pakcik aku marah aku la, dia kata ‘hampa tak mai pindah ka!! Hampa nak duk sini lagi!’ lepas tu aku turun2 motor terus la aku masuk bilik aku angkat barang2 dalam bilik aku semua bawa keluar.. ceyh, semua buat teruk pe.. macam taek+yon lagi! Lepas berhempas pulas memerah keringat aku, aku bawa kawan2 aku pergi makan kat rumah jiran aku.. actually diorang masak untuk buat penghargaan untuk kami sekeluarga.. kami sekeluarga ucap terima kasih kepada Macek Ani sekeluarga ye! Sedap lauk pauk macek masak tu, sorry saya tak makan masakan macek tu, kenyang dek nasi lemak yang aku makan tadi.. lepas tu, aku balik rumah kejap tunggu budak perempuan dak kelas aku mai.. depa saja nak mai tengok aku pindah.. thanks kepada nadiah & najwa D yang tolong ibu aku sapu sampah rumah ye.. ^_^ suka! Agak lama juga la nak proses nak pindah tu, aku kena duk rumah tunggu lori untuk trip kedua pula sebab barang banyak sangat, tapi tak pela.. at least aku bolah duduk dengan kawan2 aku.. thanks ya.. banyak yang korang tolong, yang tolong tengok pun tak pe.. yang tolong buat ramai pun ‘tak pe’.. then, aku dengan family aku pun bertolak la ke Sungai Petani, menuju ke rumah baru kami (rumah sewa juga).. sebelum bertolak tu, ada sesi bersalaman antara aku dengan kawan2 aku dan jiran2 aku.. family aku pelawa jiran2 yang ada kat situ datang rumah kat SP.. singgah2 makan ke, kawan2 aku pun mai la kalau rajin.. haha, aku actually no sad-feeling la sebab dah selalu sangat pindah.. ehh, lantak la! Gua angkat itu kerusi hempuk palelu maw ka..
Alhamdullilah, syukurlah kami pindah sebab elok2 je kami pindah Jitra banjir teruk.. teruk daripada 5 tahun dulu.. rumah yang kami duduk dulu tu aku dengar air naik sampai paras pinggang.. Allah pelihara kami sekeluarga, syukur Alhamdullillah.. kalau kami tak pindah tak tahu la macam mana.. cuba la korang bayangkan.. ayah aku dah start kerja kat SP dah lama juga, lepas tu kami 4 beranak kat rumah jer kat rumah, air banjir naik pukul 2 pagi, bayangkan la kalau kami tak pindah.. bersyukur sangat2!! Thank you ALLAH! Thank you ibu!!
Ada sebab aku berterima kasih kat ibu aku, sebab Allah pelihara kami sekeluarga sebab dia.. aku tahu.. aku dapat rasa..
Setakat ni jela coretan aku kali ni.. sehingga ketemu lagi ya! Aku nak tulis about kawan2 aku kat SP pula lepas entri ni.. tunggu nanti ye!
ASSALAMUALAIKUM!
JAZAKALLAHUQAIRUKASIRAN
haha..ok gak coretan ang kali ni..pait ,sory aku xdpt p umh ang time ang nk pindh tu..papun smoga dpat mnyesuaikan diri kt sana..:)
ReplyDeleteowang tamak selalu untung!!!
ReplyDeletebrader wat roty canai 2,owang kedah+penang panggil
PULUN!!!!!!!!!