Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

strong but not strong enough?

28-okt-2010

mood: sakit tekak laa.. perit la bila nak makan.. semalam aku pergi hospital nak check.. dokter kata tonsel aku bengkak + merah.. dokter tu bagi aku ubat2 yang boleh sembuhkan aku.. dokter tu kasi banyak ubat juga la; EXPECTORANT DIPHENHYDRAMINE, PARACETAMOL 250MG, AMOXYCILLIN 250MG, CHLORPHENIRAMINE MALEATE 4MG..

ubat2 ni aku kena makan bagi habis la.. kalau aku nak betul2 sembuh.. tapi sekarang pun aku dah rasa sakit aku ni dah kebah2 sikit dari 2 hari lepas... aku pergi hospital pun malam semalam.. kejap je aku rasa dah makin kebah sakit aku ni.. padahal baru ja makan ubat.. patut ke aku makan ubat ni sampai habis seperti mana dokter suruh aku buat?.. ataupun aku buat tak tahu ja.. ermm, bila aku fikirkan balik, aku ni cuma budak 16 tahun, berbanding dokter tu yang dah ada sijil PERDOKTORAN, aku rasa memang patut aku dengar cakap dia..
serentetan dengan itu, aku minta dokter tu bagi surat MC kat aku sebab aku tak maw pergi sekolah hari ni.. tambah pula, hari ni ada exam english.. aku memang malas sangat sebab tak baca buku langsung malam semalam.. bila aku bangun ja pagi tadi, semua family aku ada kat rumah.. ayah aku tak pergi kerja maybe dia cuti, lepas tu adik aku fazrul dan saufi depa dah habis exam so depa tak pergi sekolah pun tak pe, ibu aku memang tak kerja pun sebab dia suri rumah, aku pulak sakit tekak tapi tak pe la kot aku tak pergi sekolah sebab aku ada sijil cuti sakit.. haha... tadi pagi ibu aku pergi sekolah nak uruskan surat pertukaran sekolah aku, lepas tu bila ibu dah balik rumah, ibu aku bagitaw suruh bawa buku koko bagi kat guru kelas aku, dia nak isi ape ntah.. aku pun tunggu la ayah aku balik sebab ayah aku bawa moto aku.. bila ayah aku dah balik terus aku naik motor pergi sekolah, punya la malu gila, segan nak mampos, dah la aku tak pergi sekolah pastu masuk area sekolah pula.. aku buat muka tak malu la pergi masuk pejabat cari cikgu kelas aku, cikgu kelas aku tak da pula kat tempat dia, aku pun letak la surat MC aku atas meja dia, lepas aku keluar dari bilik guru tu, aku terserempak dengan ustaz kashmi, dia sembang kejap dengan aku, lepas tu aku terus pergi ke kelas aku, Odw masa nak pergi kelas aku tu, aku nampak cikgu mona fairuz_aku tanya la 'cikgu hizan ada kat mana?, cikgu taw x' cikgu jawab ' jap na, cikgu call tanya dia kat mana' lepas tu cikgu pun call la, rupa2nya cikgu nurul ada kat kelas 4Elite, puas taw aku cari rupanya dia kat kelas bawah je.. sebelum aku pergi kat cikgu hizan, aku nak masuk kelas aku dulu ambil barang bawah meja aku sikit, aku punya la malu nak masuk kelas aku, dengan masa tu depa semua tengah exam, lepas tu teacher Yusnianida tengah jaga kelas tu, tapi aku tetap beranikan diri buat muka slumber badak je_tapi sebelum aku ambil tu aku tanya teacher la minta kebenaran.. haha.. lepas aku ambil barang2 tu aku terus turun bawah bagi buku koko aku kat cikgu nurul hizan.. aku janji dengan dia nak ambil buku tu petang ni.. tapi HARAMM tak pi ambil pun..
Sebab petang tadi aku keluar dengan kawan aku.. aku budget tak hujan la belah tanah merah tu sebab aku tengok langit belah tanah merah tu cerah ja, sekali aku p hujan juga rupanya.. awal aku pergi tu tak hujan lagi cuma renyai2 ja, lepas tu aku ronda2 la dengan kawan aku masa hujan seriat sikit.. bila masuk highway ja terus hujan lebat menyambar kedatangan kami, aku ingat nak patah balik ja, tapi bahaya la patah balik sebab highway mana ada jalan dua arah.. gila la, aku redah juga la, lepas tu aku nampak ada exit highway bukit tinggi terus aku masuk la, dah lencun habis baju aku ni, tambah pula aku pakai jeans lagi la tak selesa aku dibuatnya, dengan kasut aku masuk air, adoihhh.. lepas tu kami terus cari tempat berteduh kat area tu, tengok2 ada garage kereta_apa lagi aku terus masuk la.. bagi kering sikit2 aku terus batalkan niat aku nak pergi makan kat Alor Setar dengan kawan aku, kami patah balik pergi Tanah Merah.. adesss, buang minyak moto ja, kalau awal2 kami pergi kat restoran tu mesti tak basah lencun macam ni, gila la.. dah jauh jalan pastu patah balik tempat yang awal2 tadi ja.. kami pergi makan kat Restoran SanThai.. kami memang budget nak makan TomYam je.. terkabul juga hajat aku nak makan Tomyam ni, memang lama dah kempunan nak makan pun sebenarnya.. akhirnya.. heheeee.. selesa juga restoran tu, tapi kami ni basah lencun yang tu la spoil sekali.. adussss.. basah kuyup pastu masuk restoran.. sedap la juga makanan restoran tu, tapi yang aku peliknya, kawan aku order ayam goreng tepung tapi yang sampai macam cucur manis taw x.. kalau korang tak taw cucur manis.. memang sebiji macam cucur manis.. tak boleh blah betul, rasa pun macam cucur manis, ayam dia pun tak rasa.. aku rasa depa salah beli tepung ni.. ataupun memang ayam goreng tepung thailand macam tu? tak mahal sangat la sangat apa yang kami makan.. tak sampai rm20 pun.. haha, bukan duit aku pun yang keluar, duit kawan sebab dia nak belanja aku.. BTW, thanks banyak2 taw.. kalau aku ada duit nanti aku belanja hang balik taw.. lepas tu kami pergi la jalan2 nak bagi baju kering, tapi memang sejuk tahap cipan la.. tak tahan sampai mengigil aku dibuatnya.. sebab baru lepas hujan kan.. memang the best day i ever had la orang putih kata..

lupa pula nak cerita, aku tak sempat nak cakap kat kawan2 + cikgu2 aku yang aku nak minta maaf sangat apa yang aku pernah buat.. di sini saya nak minta maaf ok.. kalau ada tersalah dari segi kata, perbuatan ke apa ke saya memang ikhlas sangat2 nak minta maaf.. aku sebenarnya malu nak pergi kat cikgu2 aku nak pergi cakap minta maaf + minta halal apa yang cikgu2 dah ajar ok.. saya tahu saya jahat.. saya tak sempurna seperti mana cikgu nak saya jadi..
saya sayang kawan2+ cikgu2 saya.. salam.. sehingga berjumpa dicoretan seterusnya..
SAYA SANGAT SAYANG KALIAN SEMUA

No comments:

Post a Comment