1-okt-10
Aku tengah baring kat sofa masa tengah tulis blog ni + menghirup oksigen yang free+ menonton bola sepak di tv.. Hahax, status aku macam bodoh lagi..
Aku nak cerita pasal ape ye? Kebosanan ni.. Hermmm.. Aku nak cerita macam aku boleh dapat sebiji motosikal dari ayah aku.. Huhu.. Korang ingat senang ke nak minta motor dari parents.. Gila ke ape.. Sebelum ayah aku belikan motor kat aku.. Tiap2 hari aku bebal + merungut + sangap sangat nakkan moto idaman aku sendiri.. Dalam tempoh sebelum aku dapat motor tu aku tiap2 hari kena marah dengan ibu aku- yela, mana tak nye, tiap2 hari aku merengek kat ibu suruh cakap kat ayah bila ayah nak belikan motor kat aku.. Sampai ada hari ibu marah kat aku gila2 sampai dia lempar habis barang2.. Lepas tu aku tak tanya dah.. Then, ada satu malam tu ibu panggil aku nak bincang dengan ayah aku beli motor ape.. Then, ayah kata nak beli motor rm3000 ja.. Aku sebenarnya tak kisah pun harga motor tu, tapi aku nak kan motor LC+ hand clutch.. Ayah aku diam ja bila dengar kata aku nak LC.. Aku cakap kat ayah aku tak kisah la motor LC tue 2nd hand pun.. Ibu aku pula cakap suruh beli moto honda je.. Herghhh.. Aku tak suka pun moto2 honda.. Ayah aku pula setuju dengan ibu aku..
One day, ada satu hari tu ayah aku ajak g kedai motor CH.. Ingat nak beli terus ja.. Tapi ayah aku suruh tengok2 dulu.. Mata aku cuma tertumpu kat LC extreme spirit biru/putih je.. Hmmm.. Pas2 ada sorang salesman ni dia suruh aku duduk kat tempat customer tu, dia nak cakap la pasal motor ni.. Nama pak cik tu 'Abang Nan'.. Nak tahu apa dia cerita kat aku? Dia cerita semua 'disadvantage' jika beli motor LC ni.. Dia cakap semua memang betul.. Tapi cara dia cakap tu macam nak suruh aku beli motor2 honda ja.. Hmmm.. Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita benda apa yang Abang Nan nak cakap dengan aku.. Tapi aku ringkaskan la ceritanya ok.. Lepas balik dari kedai tu, tiap2 hari lepas balik dari sekolah aku 'call' ayah aku tanya bila nak beli motor.. Hahax, gila la- mesti ayah aku meluat selalu dengan aku.. Then, satu hari ayah aku call suruh aku siap2 nak gi ambil motor.. Hahaha! Excited + rasa sedih je perasaan aku 'time' tu.. Kalau korang ada kat tempat aku korang mesti rasa apa yang aku rasa..? Huhuhuhu.. Setakat ni je aku boleh cerita.. Aku bukan pandai cerita pun.. Hmm.. Bye2..
ASALAMUALAIKUM!
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN
No comments:
Post a Comment