Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

Biru Itu Aku, Bintang Itu Dia

23-oct-2010

mood; tengah ok2 saja.. rindu sangat sama isteri yang berada di pulau sana.. haha.. aku ingat nak pergi la Penang selalu bila dah pindah Sungai Petani nanti.. tapi satu jer masalah.. dia jer yang tak nak jumpa aku.. tapi bukan bermakna dia tak mau jumpa aku terus.. atas hal yang tertentu dan bersebab memang dia tak boleh keluar nak jumpa aku.. yela, tahun depan kan dah nak ambil SPM.. abah dia dah tentu2 tak bagi dia keluar rumah sangat.. tapi ikut dia jela kan, kalau nak keluar tu boleh tapi pandai2 la cakap.. aku tak kisah sangat kalau dia tak mau jumpa aku sebab aku faham situasi dia.. kalau aku paksa pun bukan boleh ubah apa2.. apa pun aku sangat merindui dia.. hopely, aku masih ada dekat hati dia..

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog aku nie? huhuhu.. aku tahu la blog aku nie tak se"femes" blog lain.. yela, blog orang lain tue follower dorang memang ramai sesangat.. haha, apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni yang ada follower bawah 20 orang ja.. eee.. tak standart langsung pun.. tapi aku dalam proses la nak mencapai blogger yang maju dan hebat.. memang aku nak sangat2 jadi blogger yang hebat dan dikenali ramai.. hahax.. boleh ke aku mencapai impian aku untuk menjadi blogger maju sebelum 2011? haaa, itu yang kita tak tahu.. apa pun aku perlu sokongan korang semua, lepas korang baca blog aku ni, tolong la follow + berikan komentar yang baik2 untuk aku.. sesungguhnya, jasa baik korang semua akan ku ingat sampai bila2.. aku cuma nak tahu.. isi cerita blog aku ni tak 'best' ker atau kurang menarik? haa, itu yang kita tak taw.. adakah isi cerita aku ni tak cukup sewel untuk menyewelkan anda semua? apa pun kesewelan aku mungkin tak dapat dizahirkan melalui kata2 maybe dengan perangai aku je.. alaaa, kalau tak cukup lawak @ sewel pun entri2 aku ni, korang buat gelak + seronok je k.. tahu la entri2 aku ni membosankan pun.. tapi tak yah la buat teruk..

Ehh! aku ada cerita tak kat korang pasal aku pergi program dekat sekolah menengah Hosba.. aku dapat pergi Program Majalah Dalam Kelas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.. nama program ni dengar macam seronok sangat.. tapi boleh la.. aku gredkan program ni 10 bintang la dari 100 bintang.. program ni tak best bukan apa.. aku rasa disebabkan oleh dua orang penceramah dia ja.. tak berapa best la cara dia nak sampaikan tu tak berapa nak dapat.. aku kesian tengok diorang.. dorang 'try' nak buat lawak.. yang aku tak tahan betul bila abang tu buat lawak "teka abang ni dari negeri mana?.. ok2, abang ni dari negeri 10-1.. negeri apa eyh, negeri 7?" memang lawak tahap dingin la, nak gelak tak tergamak sebab memang tak lawak pun, kalau tak gelak abang tu terasa pula.. tapi tak menjadi masalah la bagi aku pun.. bila lawak tak jadi tu la aku nak gelak.. aduh, biar la.. mungkin diorang tu orang baru lagi.. apa yang aku nak cerita ni, program ni banyak ceritakan pasal buku2 yang Dewan Bahasa dan Pustaka keluarkan.. dan aku langsung tak tahu pun yang DBP dah keluarkan 10 buah jenis majalah.. itu tak termasuk buku2 teks yang diorang buat, buku2 kamus, buku2 novel dan macam2 lagi.. first aktiviti tu abang 'Gabu' nak kami berada dalam kumpulan, sekolah aku diberi kumpulan dengan sekolah SMK Tengku Bendahara .. memang tak berapa happening sangat sekolah tu.. diam jer aku tengok depa tu, mungkin malu kot untuk bersuara.. sekolah yang kami team sekali tu semuanya perempuan.. first task yang kami kena buat ialah membina menara yang paling tinggi + boleh menampung berat dua batang pen marker.. yang paling mencabar tu disebabkan oleh menara yang kami buat ni bahannya adalah straw minuman semata2.. tak boleh pakai gam, gunting, pita pelekat.. dengar memang agak senang.. tapi memang susah.. cuba korang bayangkan... depa bagi straw seplastik.. korang nak buat menara macam mana? dah la kena buat menara paling tinggi.. adoi.. pastu kena tampung berat 2 batang pen.. tapi tak mustahil benda tu boleh jadi.. atas daya usaha dari pemikiran ahli2 kumpulan aku mereka berjaya membuat menara tertinggi.. tapi sayangnya akhirnya ranap pabila diletakkan sebatang pen marker.. huhu.. walhal, kumpulan lain buat tak tinggi pun tapi mampu menahan beban pen yang sememangnya tak berat sangat pun.. cuma bentuk menara kami tu ja tak kena gaya sebab tu runtuh.. lepas tu kami kami dengar la sedikit sejarah tentang DBP ni.. then, rehat jap g makan.. g makan bihun goreng jer pun + air sarsi bancuh.. bihun tue memang tak sedap, ikhlas aku kata cuma ley kenyangkan perut aku ni je.. haha.. bihun tu daun kucai je lebih.. yang laen apa pun tak da.. hampeh.. lepas tu aku tunggu jap la sementara tunggu program tu mula balik.. agak kebosanan la sementara nak tunggu program tu bersambung.. selain tu ada la aktiviti2 lain.. aku nak cerita pun tak reti tapi dia suruh wat persembahan la kat atas pentas.. itu jela cerita aku nak ceritakan.. yela, program ni dengar je macam best.. tapi tak sangat la.. tengah2 je..


ok guys! bye2.. asalamualaikum.. jazakallahuqairankasiran.. semoga hari2 korang happy2 selalu..

No comments:

Post a Comment