Nuffnang

Thursday, November 25, 2010

Panjang ceritanya..

24 November 2010, 11.32PM

Asalamualaikum. Ni coretan ke-2 aku malam ni. Aku sebenarnya bosan. Tu la tulis macam2. Hee. Tadi tak da apa nak cerita. Sekarang nak cerita pa pun tak taw juga. Penat la. Baru balik dari Nasmir Nasi Kandar. Aku best online kat situ. Ada ramai orang. Even aku online sorang2 tapi memang best. Aku nak ajak kawan2 tapi masa aku pergi tu hujan memang lebat. Agak biadap la kalau aku ajak depa mai. Aku sampai2 Nasmir tu pun aku basah kuyup. Nasib basah depan je. Kalau basah semua aku dah tak pi dah. Buat malu je nanti. Nasib lappy Acer 4738Z aku ni tak kena hujan. Beg galas acer ni memang tebal + kalis air,maki dan lemak. Haha. Acer Aspire One aku dah tinggalkan kat kampung sebab Maksu aku nak pakai. Yela, dia nak pasang stremyx kat kampung. Haha. Dunia dah maju, bergerak mesti kehadapan & semakin ke hadapan. Eh, dengar kata kerajaan nak majukan Felda + beri kemudahan banyak kat pengusaha Felda. Hope Felda Bukit Tembaga dapat kemudahan2 yang kerajaan nak bagi tu. Salah satu aku dengar kemudahan Wifi ape ntah. Satu kampung boley connect. Nyahahaha. Ntah la sayang betul ke tak.

Sekarang dah start cuti dah kan? Aku ingat nak kerja la. Tapi ibu aku tak bagi. Macam aku cerita la sebelum ni. Ibu aku takut bila aku dah kerja, aku just pulun cari duit jer nanti, lepas tu abaikan pelajaran. Aku ingat nak la g kerja dengan kawan2. Tak la bosan, at least terisi juga masa yang terbuang tiap2 hari. Selain tu, dapat juga aku pengalaman bekerja, sebab aku tak pernah bekerja. Kesian tak kat aku? Tak kesian suda :PPPPPP_ ibu aku kata baik aku pergi tusyen intensif supaya mantap sikit study aku. Tak la pulun sangat tahun depan. Aku memang tergedik2 nak pergi tusyen pun. Sebab aku sendiri memang dah lama tak pergi tusyen. Aku teringin nak dapat tumpuan dari cikgu. Kat tusyen aku boleh dapat fokus dari study dalam kelas. Ntah la, aku ni lain sikit. Aku ingat nak ambil banyak class sikit. Aku nak mantapkan subjek2 science aku semua, lepas tu add-math dengan math-mode pun aku nak ambil juga. Aku ni bongok sikit. Malas belajar. Hope tahun depan aku berubah. Aku nak lagi pandai. Nak jadi antara orang yang pandai dalam kelas. Doakan aku ye. Aku dengar ramai budak2 pandai dalam kelas aku tahun depan. Katanya budak cina dalam kelas aku memang semua pandai2 belaka. Persaingan memang agak teruk la tahun depan. Tapi apa yang membezakan kepandaian depa dengan aku. Depa boleh aku pun boleh. Bezanya nak dengan tak nak je. Peribahasa Melayu menyatakan; nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cendikiawan Cina pula ada mengatakan; siapa yang berusaha dia yang dapat. Dulu aku ada dengar satu cerita dalam radio kalau tak silap aku. Aku tak berapa ingat cerita tu dan kalau aku ingat pun aku tak berapa pandai nak cerita atau nak ulas balik macam mana tapi tak pe la, aku cuba cerita. Cerita ni nak tahu la perspektif bangsa2 yang ada dekat Malaysia ni_ bangsa mana bangsa berjaya?. Orang Melayu cakap; orang cina la bangsa berjaya_ memang pandai2 sebab memang tertanam sikap rajin dan bersungguh2 dalam diri depa sebab tu depa berjaya. Orang India cakap: orang Melayu la banyak berjaya, sebab orang Melayu banyak peluang kat negara kita ni sebab bumiputera. Orang Cina cakap: semua bangsa, bangsa yang berjaya. Siapa yang berusaha, dia dapat. Sebab tu orang Cina bagus, diorang ada falsafah diorang sendiri yang menjadi pembakar semangat. Haha. Ingat la cerita ni ok.

Eh, korang pernah dengar tak cerita pasal Bruce Lee. Bruce Lee tu ahli falsafah terhebat taw. Dia kuat membaca dan mendalami tentang falsafah. Falsafah dia yang paling terkenal ‘jadi lah seperti air’. Apa yang dimaksudkan dia ialah air boleh berada dalam pelbagai form dan bentuk, air akan ikut bentuk acuan tak kira macam mana pun. Maknanya dengan falsafah2 dia kita dapat meransang diri kita menjadi berjaya. Aku pun tak berapa ingat falsafah dia yang lain. Tapi yang bagusnya, dia memang bagus. Haha. Dia seorang pelajar KungFu. So, tak heran la kalau korang pernah tengok citer2 dia yang gempak2 tu_flame of the dragon. Kalau tak silap aku la. Dia punya KungFu memang aku salute habis la. Badan dia pun memang ‘ripped’habis. Suka gila tengok badan macam tu. Aku pun nak juga. Hehe.

Apa lagi aku nak cerita eyh. Korang ada minat nak jadi model tak? Nak masuk modelling agency ke? Aku teringin sangat2. Sebab tu cita2 aku. Aku dengar kalau duduk U nanti memang senang nak dapat tawaran modellin ni. Sebab orang agency2 modellin ni nak cari model2 ni kat kolej dan U je. Aku just nak libatkan diri dalam dunia peragaan ni sebab aku seronok dan itu cita2 aku sebelum aku menempuh alam pekerjaan lepas tamat pengajian pula. Aku nak jadikan diri aku model yang agak terkenal tu supaya dapat menjadi batu loncatan kepada pekerjaan aku kemudian hari kelak. Faham tak apa aku maksudkan? Tak faham ye sayang? Maksudnya bila aku dah famous jadi model tu, mesti aku ada ramai kawan2 yang agak standart dan diri aku dikenali ramai kan?( InsyaAllah la. Amin.) bila orang dah kenali aku senang la bila aku nak buat business. Sebab cita2 aku adalah untuk menjadi businessman yang berjaya dalam erti kata lain, ahli korperat. ^^. Cita2 aku memang tinggi sangat2. Tapi perancangan aku buat ni dapat memudahkan aku kelak. Aku nak buat business just untuk kesihatan dan penjagaan lelaki. Selain tu, aku nak juga buat all men stuff la. Aku nak buka business clothing, men aksesori (watch, wallet, banger, rantai). Aku ni agak up-to-date person la juga. Now ramai lelaki dah amalkan gaya metroseksual. Sebab lelaki sekarang mana ada gaya2 ‘sempoi’ ni. Kebanyakkan sekarang lelaki ada ‘class’, ada ‘taste’. Tak main la t-shirt kosong or jeans plain. Now, bagi yang betul2 maskulin diorang akan tambah eksesori pakaian macam coat or sweater la, some kind like that la. Lelaki sekarang lebih elegence dan pentingkan jenama. Kita tak boleh la tengok men stuff macam ni waktu persekolahan. Mungkin di alam pengajian tinggi bila dah ada duit sendiri waktu tu la baru lelaki pentingkan jenama,kualiti dan mutu dalam keperluan diri depa. Huhu. Macam diri aku sekarang ni, aku Cuma pentingkan gaya aku la. Aku tak penting sangat jenama ni, tapi kadang2 tu aku memang ambil kisah sikit. Lagipun baju2 aku ada juga koleksi mahal2. Tapi sikit jela, boleh kira dengan jari. Huhu, tak la macam korang semua. Mesti lagi banyak. Huhuhu T-T. Nanti target aku Cuma aku inginkan syarikat aku iaitu Wisma Azraq terus melonjak maju dalam semua industri dengan membawa jenam aku sendiri_ PHAEZE.

Sampai sini je aku larat nak tulis cerita2 merapu aku ni. Hope korang dapat la info sikit. Haha. Sikit pun tak pe. Asalkan ada dari tak da. Assalamualaikum. Jazakallahuqairankasiran.

No comments:

Post a Comment