Nuffnang

Wednesday, November 17, 2010

New Becomes New

11 November 2010, 12.11 PM

Keadaan aku semakin tak seronok di sini. Terkadang- kala aku fikir memang aku tak pernah minta jadi macam ni dan aku tak inginkan langsung. Tapi kenapa jadi kat aku juga. Kenapa bukan kat orang lain? Tetapi aku juga orangnya. Bosan gila2 sangat kat sekolah baru ni. Dalam kelas lagi la bosan. Jawab exam je. Ada kawan2 laki pun aku tak pandai nak bergaul mesra dengan depa. Yela, nak sembang pasal apa sangat. So, dalam kelas aku cuma duduk diam je kat kerusi kat tempat aku. Sambil aku tengok telatah budak2 kelas aku. Memang seronok kawan dengan depa ni kalau aku betul2 rapat dengan depa. Macam hidup aku kat Penang suatu ketika dulu. Memang seronok tak terkata la. Dengan kawan2 yang happening.

Aku kali ni nak cerita about sekolah baru aku_SM Bandar Sungai Petani. Hari first aku kat sekolah tu aku datang dengan motor aku la masa hujan. Tak la lebat sangat. Boleh2 la. Aku nak cari tempat letak motor pun tak taw hari awal aku pergi sekolah tu. Tengok2 ada sebiji motor budak sekolah tu lalu. Aku pun ikut la belakang dia. Ouh rupa2nya tempat letak motor kat tepi sekolah je. Aku ni jer N sangat sampai tak tahu cari. Aku belajar kat kelas 4 Science 2. Actually, aku dapat kelas 4 Science 1. Tapi cikgu PK HEM tu silap bawa aku masuk kelas. Tapi tak pela. Aku rasa kelas 4SC2 lagi seronok dari 4SC1.

Sebab dengan multiculture yang ada dalam kelas aku tu yang membuatkan kelas tu best. Semua happening. Tak da la perempuan rempang2 dalam kelas aku tu. Semuanya baik. Lelaki lagi la baik, happening je dorang sambut kedatangan aku. Yang penting kawan laki ramai. Baru seronok.

Tapi budak lelaki yang paling rapat dengan aku awal2 tu nama dia Kugan. Dia budak India yang supporting. Dia bawa aku ronda2 satu sekolah masa tu. Seronok sangat ada kawan yang macam tu. Siap bawa aku jalan2 ronda SP pula tu. Korang ada? :P lepas tu aku dapat lagi 3 orang kawan baik juga la dengan aku_Syarifudin, Syamil & Rusydudin. Layan gila la depa ni. Ajak aku pergi merata juga la. Haha. Quite suppurting la. Best. Hari tu dorang bawa aku g Jom Heboh kat Batu Kawan. Haha. Style siot. Aku baru je kenal dua orang kawan perempuan. Sebenarnya, bukan kenal pun. Just tegur macam tu je_ Anis & Ayu. Aku dengar kata ramai budak kelas aku ni active blogging. So, aku tak da la masalah untuk aku nak menjayakan blog aku yang tak seberapa ni. Haha.

Blog bodoh je orang panggil kat blog aku ni. Kasi menyampah je. Aku bukan tak nak letak gambar dalam entri- entri aku ni. Susah la nak letak. Dia kena buat apa ntah. Dia kalau upload mesti dok atas sekali. Pastu aku kena tarik pergi kat area yang aku nak. Malas la buat kerja macam tu. Menyampah je. Banyak kerja pula kena buat. So, memang la agak boring mendengar blog aku ni. Lagi pun orang baru nak bertatih. Kena la mula slow dari bawah. Tapi agak jeles la tengok satu blog ni follower nak dekat 6000 orang. Gila ke apa.

Berbalik kepada cerita aku tadi. Sekolah aku ni agak besar la. Ada dewan tertutup satu, ada block bengkel, ada block makmal & ada block kelas-kelas. Sejak hari pertama aku pergi sekolah tu, aku tak pernah jejakkan kaki kat kantin lagi. Dengar kata kawan2 aku, kantin tu_ 1. Sesak 2. Makanan tak sedap 3. Semua penjual tu lelaki. Jadi aku ambil keputusan tak pergi la kat kantin tu. Alaa, macam aku tak biasa. Memang selalu aku tak pergi rehat juga dulu kat sekolah lama. Dalam sekolah tu aku dengar ada cikgu disiplin yang garang sangat2_mrs.goh. Tak tahu la. Sebab aku bukan pernah tengok perangai mrs.goh tu macam mana lagi. Tapi aku dengar cerita la kan. Kalau waktu exam masa tu dia jaga kelas, siapa nak g tandas. Dia check habis satu badan, dari rambut sampai dalam kasut. Huhu. Seperti duduk dalam perjara dibuatnya. Aku dengar juga peraturan sekolah ni ketat. Macam2 tak boleh buat. Tapi tak pe la, aku tengok ramai budak kat situ buat tak tahu je. Rilex je diorang simpan rabut panjang, bawa handphone, dye rambut & etc. Huuhu, aku dengar pula semalam ada orang toreh kereta cikgu disiplin. Cousin aku la cerita. Waktu aku balik sekolah semalam, ada orang lempar mercun kat cikgu cikgu disiplin sesi petang. Perghh, dasyat sekolah ni.

Tapi aku kena la juga jaga diri. Sekolah ni budak laki cukup jaga GF dorang. Sampai rapat sikit pun aku dengar kena pukul, angkat geng semua. Tak tahu la siapa kan. Tapi memang tak patut la. Sebab aku selalu ingat nasihat ayah aku pernah bagi dulu. Lelaki yang gaduh pasal perempuan ni lelaki paling bodoh dalam dunia. Ya, bagi aku memang bodoh sebab macam la tak da perempuan lain yang lagi elok. Terima jela kalau perempuan tu nak lelaki lain. Tak kan kita nak paksa perempuan tu sukakan kita. Perempuan tu ada hak. Dah kita tak layan dia, dia cari la laki lain yang boleh layan dia. Aku dulu pun pernah pukul orang pasal perempuan. Tapi itu aku mengaku sangat2 memang tak patut aku gaduh pasal perempuan yang tak cantik langsung pun bagi aku.
Masuk balik landasan cerita aku tadi, aku harap tahun depan kawan baru kelas aku ni dapat jadi kawan yang rapat untuk aku. Rapat dengan aku taw. Haha. Aku ni happening dan agak gila2 juga. Maybe aku baru lagi, so, aku tak show true color pasal aku lagi. Haha, kenal la aku ye. Aku tak la handsome or baik sangat. Terkadang kali tu ada la jahatnya.
Sampai setakat ni jela coretan aku pasal kisah aku di sekolah baru ni. Sehingga bertemu lagi di coretan seterusnya.
Jazakallahuqairankasiran
Assalamualaikum ^^

No comments:

Post a Comment