Nuffnang

Wednesday, November 17, 2010

Penat Tu Mainan Minda je kan..?

16 November 2010, 12:13AM

Asalamualaikum , apa khabar readers blog aku ni. Huhu. Harap engkau orang semua sihat2 belaka. Dah lama juga aku tak update blog aku ni. Berhabuk juga la. Huhu. Sorry la lambat update new entri. Aku baru beli ja ink microsoftword ni. Hari tu aku dok taip2 tetiba jer habis. Hmm. Sekarang ni aku dah tak pening2 kepala lagi fikir pasal sekolah. Yela, cuti sekolah penggal akhir dah mula. Hehe. Waktu exam berapa kali dah aku tak mai. Lantak la. Tak larat aku dok kat sekolah yang membushankan tu. Asyik termenung je. Agak seronok la bagi aku bila tiba waktu cuti ni. Seronok sangat. Yela, boleh lepak dengan kawan2 kat Penang tu. Woi, buchoit la! Mai la Sungai Petani lak! Aku jer dok p Penang. Manyak cantik. Barai la motor aku dok ulang- alik g Penang. Huhu. Weyh, aku tak tahu lagi nak cakap camna kat parents aku supaya bagi aku g Penang naik motor. Sebelum ni aku dok g Penang secara Illegally je without my parents permission. Aku sebenarnya takut juga dok g Penang selalu ni. Takut jadi apa2 kat sana sure parents aku bengang gila dengan aku. Huh =_= ‘’.. tolonglah. Hope sangat2 diorang restukan pemergianku. *woah! Ayat memang power!

Ermm, kali ni aku nak cerita pasal ape ye. Agak kebuntuan la tak tahu sangat nak cerita pasal apa. Sebenarnya ada banyak nak cerita tapi ape yang patut aku cerita ye? (* 3 jam kemudian).. .... .... .. .. . aku nak cerita pasal suatu hari yang aku amat sibok sangat. Perghh, memang sibuk. Memang sibuk sangat2. Sibuk gila2. Gila pun tak sibuk macam ni. Ok2, aku bagitahu dulu perancangan aku pada hari tu taw (13 November 2010).

Jadual aku hari tu.

Pergi Laguna Merbok mencari tempat jamuan kelas aku

Hantar kawan aku pergi central square (dia nak jumpa member dia)

Pergi rumah Din tunggu dia bagi barang dekat kawan dia

Pergi rumah kawan aku nak tengok dorang spray coverset motor

Pergi Jeti Laguna ambil duit pergi beli barang

Pergi balik kat tempat diorang spray coverset motor tu

Balik rumah mandi + rehat kejap

Pergi rumah Syamil tunggu dia bersiap

Pergi berkumpul kat Stesen Minyak Mobil tunggu Din

Pergi jamuan BBQ kelas aku

Ambil kawan aku kat Central Square

Balik rumah aku kemas barang2 dia

Pergi hantar kawan aku balik Penang

Balik Sungai Petani balik.

Pergi Tesco dengan family.

Lepas tu PENGSAN sampai esok pagi.

Huh =.=, walaupun naik motor tapi still memenatkan. Jarak semua tempat yang aku pergi tu memang jauh gila. Minyak motor hari tu aku dah guna_ 3 + 3 + 4 + 4 =?.. jerih wooooo!

Tu ja nak cerita pun.. haha!

Salam

New Becomes New

11 November 2010, 12.11 PM

Keadaan aku semakin tak seronok di sini. Terkadang- kala aku fikir memang aku tak pernah minta jadi macam ni dan aku tak inginkan langsung. Tapi kenapa jadi kat aku juga. Kenapa bukan kat orang lain? Tetapi aku juga orangnya. Bosan gila2 sangat kat sekolah baru ni. Dalam kelas lagi la bosan. Jawab exam je. Ada kawan2 laki pun aku tak pandai nak bergaul mesra dengan depa. Yela, nak sembang pasal apa sangat. So, dalam kelas aku cuma duduk diam je kat kerusi kat tempat aku. Sambil aku tengok telatah budak2 kelas aku. Memang seronok kawan dengan depa ni kalau aku betul2 rapat dengan depa. Macam hidup aku kat Penang suatu ketika dulu. Memang seronok tak terkata la. Dengan kawan2 yang happening.

Aku kali ni nak cerita about sekolah baru aku_SM Bandar Sungai Petani. Hari first aku kat sekolah tu aku datang dengan motor aku la masa hujan. Tak la lebat sangat. Boleh2 la. Aku nak cari tempat letak motor pun tak taw hari awal aku pergi sekolah tu. Tengok2 ada sebiji motor budak sekolah tu lalu. Aku pun ikut la belakang dia. Ouh rupa2nya tempat letak motor kat tepi sekolah je. Aku ni jer N sangat sampai tak tahu cari. Aku belajar kat kelas 4 Science 2. Actually, aku dapat kelas 4 Science 1. Tapi cikgu PK HEM tu silap bawa aku masuk kelas. Tapi tak pela. Aku rasa kelas 4SC2 lagi seronok dari 4SC1.

Sebab dengan multiculture yang ada dalam kelas aku tu yang membuatkan kelas tu best. Semua happening. Tak da la perempuan rempang2 dalam kelas aku tu. Semuanya baik. Lelaki lagi la baik, happening je dorang sambut kedatangan aku. Yang penting kawan laki ramai. Baru seronok.

Tapi budak lelaki yang paling rapat dengan aku awal2 tu nama dia Kugan. Dia budak India yang supporting. Dia bawa aku ronda2 satu sekolah masa tu. Seronok sangat ada kawan yang macam tu. Siap bawa aku jalan2 ronda SP pula tu. Korang ada? :P lepas tu aku dapat lagi 3 orang kawan baik juga la dengan aku_Syarifudin, Syamil & Rusydudin. Layan gila la depa ni. Ajak aku pergi merata juga la. Haha. Quite suppurting la. Best. Hari tu dorang bawa aku g Jom Heboh kat Batu Kawan. Haha. Style siot. Aku baru je kenal dua orang kawan perempuan. Sebenarnya, bukan kenal pun. Just tegur macam tu je_ Anis & Ayu. Aku dengar kata ramai budak kelas aku ni active blogging. So, aku tak da la masalah untuk aku nak menjayakan blog aku yang tak seberapa ni. Haha.

Blog bodoh je orang panggil kat blog aku ni. Kasi menyampah je. Aku bukan tak nak letak gambar dalam entri- entri aku ni. Susah la nak letak. Dia kena buat apa ntah. Dia kalau upload mesti dok atas sekali. Pastu aku kena tarik pergi kat area yang aku nak. Malas la buat kerja macam tu. Menyampah je. Banyak kerja pula kena buat. So, memang la agak boring mendengar blog aku ni. Lagi pun orang baru nak bertatih. Kena la mula slow dari bawah. Tapi agak jeles la tengok satu blog ni follower nak dekat 6000 orang. Gila ke apa.

Berbalik kepada cerita aku tadi. Sekolah aku ni agak besar la. Ada dewan tertutup satu, ada block bengkel, ada block makmal & ada block kelas-kelas. Sejak hari pertama aku pergi sekolah tu, aku tak pernah jejakkan kaki kat kantin lagi. Dengar kata kawan2 aku, kantin tu_ 1. Sesak 2. Makanan tak sedap 3. Semua penjual tu lelaki. Jadi aku ambil keputusan tak pergi la kat kantin tu. Alaa, macam aku tak biasa. Memang selalu aku tak pergi rehat juga dulu kat sekolah lama. Dalam sekolah tu aku dengar ada cikgu disiplin yang garang sangat2_mrs.goh. Tak tahu la. Sebab aku bukan pernah tengok perangai mrs.goh tu macam mana lagi. Tapi aku dengar cerita la kan. Kalau waktu exam masa tu dia jaga kelas, siapa nak g tandas. Dia check habis satu badan, dari rambut sampai dalam kasut. Huhu. Seperti duduk dalam perjara dibuatnya. Aku dengar juga peraturan sekolah ni ketat. Macam2 tak boleh buat. Tapi tak pe la, aku tengok ramai budak kat situ buat tak tahu je. Rilex je diorang simpan rabut panjang, bawa handphone, dye rambut & etc. Huuhu, aku dengar pula semalam ada orang toreh kereta cikgu disiplin. Cousin aku la cerita. Waktu aku balik sekolah semalam, ada orang lempar mercun kat cikgu cikgu disiplin sesi petang. Perghh, dasyat sekolah ni.

Tapi aku kena la juga jaga diri. Sekolah ni budak laki cukup jaga GF dorang. Sampai rapat sikit pun aku dengar kena pukul, angkat geng semua. Tak tahu la siapa kan. Tapi memang tak patut la. Sebab aku selalu ingat nasihat ayah aku pernah bagi dulu. Lelaki yang gaduh pasal perempuan ni lelaki paling bodoh dalam dunia. Ya, bagi aku memang bodoh sebab macam la tak da perempuan lain yang lagi elok. Terima jela kalau perempuan tu nak lelaki lain. Tak kan kita nak paksa perempuan tu sukakan kita. Perempuan tu ada hak. Dah kita tak layan dia, dia cari la laki lain yang boleh layan dia. Aku dulu pun pernah pukul orang pasal perempuan. Tapi itu aku mengaku sangat2 memang tak patut aku gaduh pasal perempuan yang tak cantik langsung pun bagi aku.
Masuk balik landasan cerita aku tadi, aku harap tahun depan kawan baru kelas aku ni dapat jadi kawan yang rapat untuk aku. Rapat dengan aku taw. Haha. Aku ni happening dan agak gila2 juga. Maybe aku baru lagi, so, aku tak show true color pasal aku lagi. Haha, kenal la aku ye. Aku tak la handsome or baik sangat. Terkadang kali tu ada la jahatnya.
Sampai setakat ni jela coretan aku pasal kisah aku di sekolah baru ni. Sehingga bertemu lagi di coretan seterusnya.
Jazakallahuqairankasiran
Assalamualaikum ^^

Wednesday, November 10, 2010

Gila Boshan! Mengapa Begini...

Aku agak kebosanan. Hari ni aku tak pergi sekolah. Aku malas sangat nak pergi sebab memang membosankan. Tambah2 minggu exam ni. Dah la kat sekolah baru lepas tu minggu exam lak tu. Kawan2 pun aku tak sempat nak berkenalan sangat. So, korang faham la kan macam mana aku rasa. Rasa macam sial sangat hidup ni. Tapi apa pun aku kena teruskan demi kebaikkan aku. Kalau aku pergi sekolah, aku just pergi untuk jawab exam. Lepas tu jawab lagi exam. Lepas tu balik. Macam tu la rutin harian aku kat sekolah baru ni. Lagipun exam tu aku tak prepair apa2 pun. Aku jawab kertas exam cuma jawab apa soalan aku taw ja. Lepas aku dah habis jawab soalan yang aku taw, aku termenung la untuk tunggu masa habis. Dalam hati aku selalu terfikir dan berharap agar aku ada dengan kawan2 aku yang kat Penang tu. Happening ever after la kalau masa exam ni. Nak tiru pun rasa senang sangat. Miss you guys kat Penang tu. Love you! Kalau aku rajin nanti aku datang Penang lagi. Korang kena belanja aku makan la. Haha. Jahat betul. Mesti dalam hati depa tak minta aku datang kalau aku suruh depa belanja. Untuk duncan_really miss vegetarian foods.. farhan M_ miss kayuh basikal kat bukit manggis.. amirul I_miss buat benda jahat sama2, huhu. Anas_ really miss gaduh dengan hg. Syahimi_ really miss melawak gila2 dengan hg..

Hari ni aku nak cerita about my long distant journey with my motorcycle. Ceyh, ayat start tak leyh blah. Aku first sekali nak cerita journey aku ke Penang seorang diri bertemankan kapcai 135lc aku.. aku bertolak dari rumah sekitar pukul 8.30 pagi. Sebelum aku nak pergi tu, aku hantar mesej kat kawan aku- Farhan Manan. Aku tulis kat dia, aku nak pergi Penang senyap2. Dia kata mai la, dia tunggu aku. Lepas tu aku terus la mandi cepat2. Aku cakap kat ibu aku kata kawan2 kat SP ajak keluar pergi jalan2. Padahal aku nak g Penang sorang2 aku. Ibu aku suruh sarapan dulu, aku cuma makan ayam KFC seketul baki aku beli dengan adik aku semalam + air masak. Lepas tu aku yang cuma berbekal baju sweater, tshirt dan jean serta duit rm30 je aku bawa untuk pergi Penang tu. Aku keluar SP ikut tol SP selatan, keadaan seronok + takut menyelubungi diri aku. Tapi aku sentiasa ingat Allah dan aku seringkali membaca ayat Kursi supaya minta diri aku dilindungi dari apa2 kejadian yang tak diingini. Aku bawa kat highway memang agak laju 150kmj. Tu jer motor aku boleh pergi pun. Memang cepat la aku sampai dekat jambatan Pulau Pinang tu, tak sampai 45 minit aku dah ada kat Jambatan. Lepas tu aku hantar mesej kat Farhan kata aku dah sampai kat Jambatan. Lepas tu kat Jambatan pun aku bawa laju juga, sebab orang lain pun bawa laju lagi dari aku. Maybe dorang dah biasa kot, aku ni baru 1st time bawa motor naik gi Penang. Agak janggal juga la bagi aku, tapi aku buat biasa da la. Apa yang susah, bawa motor ingat Allah gerenti Allah pelihara_pesanan ibu yang selalu aku amalkan. Percaya kepada Allah. Lepas keluar jambatan aku ikut jalan tepi laut jela, pastu lalu kat Bukit Jambul then naik Bukit Baru. Alaa, semuanya pantas la. Tup-tup aku dah sampai kat Balik Pulau da. Punya la sekejap, aku sampai dalam sekitar pukul 9.50 macam tu la. Sampai2 tu aku terus pergi CA (sebuah kedai cafe cyber yang selalu geng2 aku pergi, tauke kedai tu pun geng kami juga) sebab Farhan tunggu aku kat situ, bila masuk mata aku terus cari depa, tengok2 Farhan Fauzi dengan Farhan Manan ada kat situ sekali. Aku pergi la shake2 hand dengan depa. Kawan lama tak jumpa la katakan. Lepas tu Farhan M ajak pergi rumah Duncan, tengok2 dia tak da kat rumah. Tak pe la, Farhan pun tinggal la motor dia kat rumah Duncan. Then, Farhan bawa motor aku bawa aku pergi sekolah_actually aku nak ambil salinan photostat slip PMR aku kat PK pentadbiran sekolah lama aku_SMK St. George B.P. Sampai2 je kat sekolah tengok2 kawan2 kelas aku tahun lepas (family 3M) ada kat kelas mana ntah, aku tengok dorang macam ada kerja ja. Tapi aku terus g pejabat dulu nak jumpa PK untuk minta slip tu, dah habis urus apa semua aku pergi la jumpa kawan2 aku tadi kat kelas tu. Ada Anas, Husna, Izzati, Amirah & Miss Tan Lian Hua. Diorang tengah buat presentation untuk bertanding nanti untuk kelab Pelancongan & Usahawan Muda. Aku kat sekolah St.George ni aku kelab ni la. Aku orang lama kot kelab ni. Aku, Farhan M dengan Haiqal la team asal kelab ni, kami masuk dari form 1 lagi, lepas tu masa form 2 ramai la pula dak kelas aku masuk kelab ni. Banyak kenangan manis dan pahit aku kat sekolah St.George ni. Tapi tu lain kali la aku cerita eyh. Aku sembang2 kejap dengan kawan2 aku dalam kelas tu, lepas tu Duncan call Farhan. Dia tak pecaya aku mai Balik Pulau. Lepas tu kami berdua terus la pergi rumah dia. Haha, Duncan macam tak percaya pun ada. Tapi ngak apa, dia kena percaya juga. Dia bawa kami g makan vegetarian, sedapnye. Lama aku tak makan lauk vegetarian. Nyum2, u guys should try vegetarian dishes. Sedap and halal ok. Kalau ragu2 jangan makan. Duncan just tapau je makanan tu, kami g makan kat rumah Farhan. Rumah dia tak ada orang pun, parents dia g kerja kot. Lepas makan tu, kami g rumah Duncan. Kami plan nak pergi gurney drive. Lepak2 kat situ, kami ajak la Anas. Kami ikut jalan Bukit Telok Bahang.

9 November 2010, 2.40PM














Agak seronok laa. Awal tu kami plan nak g Hutan Rimba Telok Bahang ja, g mandi2. Saja la g jauh sikit sampai padang kota baru. Lepak2 makan angin jap + membosankan. Kami meneruskan perjalanan ke QBM. Arghhhh, duit tak de banyak, lagipun nak wat pe kat QBM, then, Farhan ajak minum kat McD. Haha. Refill. Hidup kena ekonomi la sikit. Masa nak balik tu aku terserempak la dengan kawan2 lama kat Balik Pulau tu, woah, lagi la aku best. Tapi kami just sempat salam tangan camtu jela, next time aku mai lagi la ok. Sebelum nak balik tu aku pergi tengok motor syafaiz jap. Perghh, cantik! Kami terus balik pergi Balik Pulau. Haha. Ikut jalan Bukit Lama.


Kami telah round island. Perghh. Dalam masa yang singkat tu. Kami terus pergi rumah kawan kami yang sorang lagi ni. Dia agak gila2 juga la, Syahimi nama dia. Dia belanja kami makan kot. Perghh, maybe 1st time kot dia buat camtu. Belanja kami makan dengan minum kat tepi library. Walaupun murah, tapi sedap kot. Ta penah cuba g la try. Sedap wooo. Kat kedai makan tu, ada la adegan lawak gila nak pecah perut aku dibuatnya. Haha. Anas dengan Syahimi cakap sal politik. Macam ngan pe lagi. Da la ada pacek tu, orang kuat Pas kot. Dok on9 dengan netbook dia yang ada lambang bendera Pas yang agak besar. Haha. Dah la masa tu sehari sebelum pilihan raya kat Kelantan dengan Batu Sapi. Haha. Memang kelakar gila sembang dengan depa ni. After that, kita orang pergi la plak ronda2 kat bendang. Banyak benda diorang cerita kat aku. Hmm, seronok. Dah nak dekat 4.30 dah, so, its time for me untuk berambus dari Balik Pulau. Haha. Aku pun balik la ikot jalan aku mai tadi. Aku doa sangat jangan la hujan. Huhu. Alahamdulillah tak hujan sampai aku balik SP. Sekian la cerita yang agak membosankan ni.

Kawan2 yang ada kat Penang tu, nanti aku mai lagi ok. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, ada duit sikit aku mai la. Haha. Tambahan lagi, bulan November ni bulan speacial untuk honey2 bucuk aku! Huhu.. nak belanja dia. Haha!

Assalamualaikum

Jazakallahuqairankasiran.

Sunday, November 7, 2010

Sayang Saya Tak?

7 November 2010

Mood: biasa2 saja la.. bosan juga sebab baru pindah kan.. aktiviti pun tak tahu sangat nak buat apa petang2, nasib aku ada motor, boleh juga aku keluar petang2.. hidup aku kat Sungai Petani ni tak berubah apa2 pun.. still sama ja macam kat Jitra.. tak tahu la apa yang bezanya nanti bila lama2 aku dok kat sini.. maybe lagi seronok.. kat sekolah pula, hmm.. best la ada kawan2 baru yang happening.. aku baru rapat dengan 4 orang kawan kelas aku je_SYARIFUDIN, SYAMIL, RUSYDUDIN & KUGAN.. depa sangat baik dengan aku.. rajin juga aku lepak + sembang2 dengan depa.. yang classmate lain2 tu aku tak taw la.. maybe aku baru lagi.. dalam proses nak kenal.. hope diorang boleh jadi kawan yang baik untuk aku.. yang boleh bimbing aku.. harap2 sangat.. InsyaAllah

Aku nak mulakan coretan aku ni dengan cerita hari aku nak pindah.. masa hari aku nak pindah tu. Ada ramai la juga kawan yang datang. Siapa yang datang tu aku ucapkan terima kasih. Jasamu dikenang ye. Terutamanya kepada member2 yang selalu hangout dengan aku la_aidil, arif, hafiz, danish.. yang lain tu_farhan, fakrul, nadiah, faezah, edrina, azween, najwa & farhana.. kalau aku terlupa tu jangan la marah.. mungkin aku tak ingat.. sorry ye.. pagi aku pindah tu, aku pergi jogging dengan kawan2 aku kat tasek.. actually kami bukan pergi jogging pun, just jalan je.. pada masa yang sama, kat tasek tu orang buat pertandingan memancing.. best juga sambil jalan sambil tengok orang memancing, tak sangka juga la masa kami lalu je ada orang tu terus snatch sekor ikan.. perghhh.. ikan patin tu.. best juga kami g jogging tu, hari last dapat juga dengan kawan2 aku pagi2 tu.. lepas penat jalan kat tasek tu kami lapar la pula, kami g cari kedai makan la, kami g la kat gerai kat area tanah merah depan pejabat AADK tu.. ada la sikit aku nak cerita kat kedai makan tu, aku pergi la order roti canai kat brader ni, aku cakap la nak roti canai double, lepas tu dia tanya dok meja mana, aku cakap la dok meja sebelah sana.. dia kata jauh sangat, dok dekat sikit.. dah la buat kalut pe ntah, tak mesra pelanggan langsung, ingat roti dia sedap sangat ka, dah la kerja sowang2 dia, bodoh betul, dia la nak tebar, dia la nak goreng, dia la nak hantar kat meja.. macam ngan ape lagi.. aku rasa dia tu tamak kot.. maybe masa kat sekolah dulu dia tak pernah dengar peribahasa ni kot; orang tamak selalu rugi.. aku rasa dia kalau dia tak ambil pekerja untuk tolong dia.. dia rugi banyak kot.. kalau dia lambat orang blah je.. dia la rugi.. bodoh punya penjual roti canai.. untuk disambungkan cerita, aku tak kisah la, kalau dia lambat aku nak blah ja.. kawan aku yang order nasi lemak pun sama juga, peniaga nasi lemak tu sama je dengan penjual roti canai tu, dia pun jenis pulun sorang2 dia ja.. dia la nak tekap nasi, dia la nak letak kuah, dia la nak goreng telur, dia la nak hantar kat pelanggan.. punya pasal kat depa la, perangai camtu memang tak patut ada sebagai seorang peniaga.. dah la buat kalu teruk.. macam dengan hawaq lagi.. aku dengan kawan aku sempat minum air je, masa aku nak bayar air tu, brader tu tempit dari kedai dia ‘sorry bang roti tak sempat nak buat’.. aku buat muka tak taw jela.. pastu kami blah la cari kedai makan lain.. kawan aku ni bawa la kami g tempat makan yang speacial... dia bawa kami g makan kat area tanah merah juga, kat warung nasi lemak tepi jalan.. kedai tu memang speacial sangat sebab dia open, tak da bumbung cuma ada kerusi meja dengan lauk pauk nasi lemak + tempat jual air.. perghhh!!! Tempat tu memang awesome sangat2.. korang patut cuba makan kat tempat macam tu, best je.. nasi lemak dia lauk murah2 je.. haha, cepat pun cepat sebab layan diri servise.. sedapnye..... haha, terliur aku.. lepas makan2 tu, kami each other ucap terima kasih and goodbye la.. diorang cakap nak mai rumah aku nanti.. huhu, hati aku tak berharap sangat depa dapat mai.. lepas tu aku terus pergi rumah aidil, aku tengok ada motor ariff dengan danish dah kat rumah aidil, aku ingatkan diorang baru balik latihan lesen motor.. tapi sangkaan aku salah.. hehe, diorang maybe nak mai rumah aku kot.. tapi tak tahu la niat depa nak g mana sebenarnya.. lepas tu diorang ajak pergi sekolah tengok not habis buat kerja acc dia.. masa nak pergi tu, ibu aku call kata lori dah sampai, masa tu baru jer pukul 10pagi.. ibu aku kata nak pindah pukul 12.. macam ngan pe lagi.. tapi tak pela, aku cepat2 la pergi sekolah.. hrmm, lepas sampai2 ja rumah aku, tengok2 depa dah angkat barang2 dah.. pakcik aku marah aku la, dia kata ‘hampa tak mai pindah ka!! Hampa nak duk sini lagi!’ lepas tu aku turun2 motor terus la aku masuk bilik aku angkat barang2 dalam bilik aku semua bawa keluar.. ceyh, semua buat teruk pe.. macam taek+yon lagi! Lepas berhempas pulas memerah keringat aku, aku bawa kawan2 aku pergi makan kat rumah jiran aku.. actually diorang masak untuk buat penghargaan untuk kami sekeluarga.. kami sekeluarga ucap terima kasih kepada Macek Ani sekeluarga ye! Sedap lauk pauk macek masak tu, sorry saya tak makan masakan macek tu, kenyang dek nasi lemak yang aku makan tadi.. lepas tu, aku balik rumah kejap tunggu budak perempuan dak kelas aku mai.. depa saja nak mai tengok aku pindah.. thanks kepada nadiah & najwa D yang tolong ibu aku sapu sampah rumah ye.. ^_^ suka! Agak lama juga la nak proses nak pindah tu, aku kena duk rumah tunggu lori untuk trip kedua pula sebab barang banyak sangat, tapi tak pela.. at least aku bolah duduk dengan kawan2 aku.. thanks ya.. banyak yang korang tolong, yang tolong tengok pun tak pe.. yang tolong buat ramai pun ‘tak pe’.. then, aku dengan family aku pun bertolak la ke Sungai Petani, menuju ke rumah baru kami (rumah sewa juga).. sebelum bertolak tu, ada sesi bersalaman antara aku dengan kawan2 aku dan jiran2 aku.. family aku pelawa jiran2 yang ada kat situ datang rumah kat SP.. singgah2 makan ke, kawan2 aku pun mai la kalau rajin.. haha, aku actually no sad-feeling la sebab dah selalu sangat pindah.. ehh, lantak la! Gua angkat itu kerusi hempuk palelu maw ka..

Alhamdullilah, syukurlah kami pindah sebab elok2 je kami pindah Jitra banjir teruk.. teruk daripada 5 tahun dulu.. rumah yang kami duduk dulu tu aku dengar air naik sampai paras pinggang.. Allah pelihara kami sekeluarga, syukur Alhamdullillah.. kalau kami tak pindah tak tahu la macam mana.. cuba la korang bayangkan.. ayah aku dah start kerja kat SP dah lama juga, lepas tu kami 4 beranak kat rumah jer kat rumah, air banjir naik pukul 2 pagi, bayangkan la kalau kami tak pindah.. bersyukur sangat2!! Thank you ALLAH! Thank you ibu!!

Ada sebab aku berterima kasih kat ibu aku, sebab Allah pelihara kami sekeluarga sebab dia.. aku tahu.. aku dapat rasa..

Setakat ni jela coretan aku kali ni.. sehingga ketemu lagi ya! Aku nak tulis about kawan2 aku kat SP pula lepas entri ni.. tunggu nanti ye!

ASSALAMUALAIKUM!

JAZAKALLAHUQAIRUKASIRAN

Thursday, October 28, 2010

strong but not strong enough?

28-okt-2010

mood: sakit tekak laa.. perit la bila nak makan.. semalam aku pergi hospital nak check.. dokter kata tonsel aku bengkak + merah.. dokter tu bagi aku ubat2 yang boleh sembuhkan aku.. dokter tu kasi banyak ubat juga la; EXPECTORANT DIPHENHYDRAMINE, PARACETAMOL 250MG, AMOXYCILLIN 250MG, CHLORPHENIRAMINE MALEATE 4MG..

ubat2 ni aku kena makan bagi habis la.. kalau aku nak betul2 sembuh.. tapi sekarang pun aku dah rasa sakit aku ni dah kebah2 sikit dari 2 hari lepas... aku pergi hospital pun malam semalam.. kejap je aku rasa dah makin kebah sakit aku ni.. padahal baru ja makan ubat.. patut ke aku makan ubat ni sampai habis seperti mana dokter suruh aku buat?.. ataupun aku buat tak tahu ja.. ermm, bila aku fikirkan balik, aku ni cuma budak 16 tahun, berbanding dokter tu yang dah ada sijil PERDOKTORAN, aku rasa memang patut aku dengar cakap dia..
serentetan dengan itu, aku minta dokter tu bagi surat MC kat aku sebab aku tak maw pergi sekolah hari ni.. tambah pula, hari ni ada exam english.. aku memang malas sangat sebab tak baca buku langsung malam semalam.. bila aku bangun ja pagi tadi, semua family aku ada kat rumah.. ayah aku tak pergi kerja maybe dia cuti, lepas tu adik aku fazrul dan saufi depa dah habis exam so depa tak pergi sekolah pun tak pe, ibu aku memang tak kerja pun sebab dia suri rumah, aku pulak sakit tekak tapi tak pe la kot aku tak pergi sekolah sebab aku ada sijil cuti sakit.. haha... tadi pagi ibu aku pergi sekolah nak uruskan surat pertukaran sekolah aku, lepas tu bila ibu dah balik rumah, ibu aku bagitaw suruh bawa buku koko bagi kat guru kelas aku, dia nak isi ape ntah.. aku pun tunggu la ayah aku balik sebab ayah aku bawa moto aku.. bila ayah aku dah balik terus aku naik motor pergi sekolah, punya la malu gila, segan nak mampos, dah la aku tak pergi sekolah pastu masuk area sekolah pula.. aku buat muka tak malu la pergi masuk pejabat cari cikgu kelas aku, cikgu kelas aku tak da pula kat tempat dia, aku pun letak la surat MC aku atas meja dia, lepas aku keluar dari bilik guru tu, aku terserempak dengan ustaz kashmi, dia sembang kejap dengan aku, lepas tu aku terus pergi ke kelas aku, Odw masa nak pergi kelas aku tu, aku nampak cikgu mona fairuz_aku tanya la 'cikgu hizan ada kat mana?, cikgu taw x' cikgu jawab ' jap na, cikgu call tanya dia kat mana' lepas tu cikgu pun call la, rupa2nya cikgu nurul ada kat kelas 4Elite, puas taw aku cari rupanya dia kat kelas bawah je.. sebelum aku pergi kat cikgu hizan, aku nak masuk kelas aku dulu ambil barang bawah meja aku sikit, aku punya la malu nak masuk kelas aku, dengan masa tu depa semua tengah exam, lepas tu teacher Yusnianida tengah jaga kelas tu, tapi aku tetap beranikan diri buat muka slumber badak je_tapi sebelum aku ambil tu aku tanya teacher la minta kebenaran.. haha.. lepas aku ambil barang2 tu aku terus turun bawah bagi buku koko aku kat cikgu nurul hizan.. aku janji dengan dia nak ambil buku tu petang ni.. tapi HARAMM tak pi ambil pun..
Sebab petang tadi aku keluar dengan kawan aku.. aku budget tak hujan la belah tanah merah tu sebab aku tengok langit belah tanah merah tu cerah ja, sekali aku p hujan juga rupanya.. awal aku pergi tu tak hujan lagi cuma renyai2 ja, lepas tu aku ronda2 la dengan kawan aku masa hujan seriat sikit.. bila masuk highway ja terus hujan lebat menyambar kedatangan kami, aku ingat nak patah balik ja, tapi bahaya la patah balik sebab highway mana ada jalan dua arah.. gila la, aku redah juga la, lepas tu aku nampak ada exit highway bukit tinggi terus aku masuk la, dah lencun habis baju aku ni, tambah pula aku pakai jeans lagi la tak selesa aku dibuatnya, dengan kasut aku masuk air, adoihhh.. lepas tu kami terus cari tempat berteduh kat area tu, tengok2 ada garage kereta_apa lagi aku terus masuk la.. bagi kering sikit2 aku terus batalkan niat aku nak pergi makan kat Alor Setar dengan kawan aku, kami patah balik pergi Tanah Merah.. adesss, buang minyak moto ja, kalau awal2 kami pergi kat restoran tu mesti tak basah lencun macam ni, gila la.. dah jauh jalan pastu patah balik tempat yang awal2 tadi ja.. kami pergi makan kat Restoran SanThai.. kami memang budget nak makan TomYam je.. terkabul juga hajat aku nak makan Tomyam ni, memang lama dah kempunan nak makan pun sebenarnya.. akhirnya.. heheeee.. selesa juga restoran tu, tapi kami ni basah lencun yang tu la spoil sekali.. adussss.. basah kuyup pastu masuk restoran.. sedap la juga makanan restoran tu, tapi yang aku peliknya, kawan aku order ayam goreng tepung tapi yang sampai macam cucur manis taw x.. kalau korang tak taw cucur manis.. memang sebiji macam cucur manis.. tak boleh blah betul, rasa pun macam cucur manis, ayam dia pun tak rasa.. aku rasa depa salah beli tepung ni.. ataupun memang ayam goreng tepung thailand macam tu? tak mahal sangat la sangat apa yang kami makan.. tak sampai rm20 pun.. haha, bukan duit aku pun yang keluar, duit kawan sebab dia nak belanja aku.. BTW, thanks banyak2 taw.. kalau aku ada duit nanti aku belanja hang balik taw.. lepas tu kami pergi la jalan2 nak bagi baju kering, tapi memang sejuk tahap cipan la.. tak tahan sampai mengigil aku dibuatnya.. sebab baru lepas hujan kan.. memang the best day i ever had la orang putih kata..

lupa pula nak cerita, aku tak sempat nak cakap kat kawan2 + cikgu2 aku yang aku nak minta maaf sangat apa yang aku pernah buat.. di sini saya nak minta maaf ok.. kalau ada tersalah dari segi kata, perbuatan ke apa ke saya memang ikhlas sangat2 nak minta maaf.. aku sebenarnya malu nak pergi kat cikgu2 aku nak pergi cakap minta maaf + minta halal apa yang cikgu2 dah ajar ok.. saya tahu saya jahat.. saya tak sempurna seperti mana cikgu nak saya jadi..
saya sayang kawan2+ cikgu2 saya.. salam.. sehingga berjumpa dicoretan seterusnya..
SAYA SANGAT SAYANG KALIAN SEMUA

Wednesday, October 27, 2010

Honey Punya Cerita

27-10-2010

mood? sakit la sayang.. tekak terasa panas dan perit di setiap masa.. maybe sebab aku demam.. bila nak makan lagi la sakit sebab nak telan tu... perghhhh nikmat kesakitan tiada tandingan.. tak tahu la nak makan apa sebab semua yang aku makan semuanya sakit2 belaka.. ni lah ujian Allah berikan aku seupa aku lebih tabah berada di atas muka bumi ini.. dan aku tahu ni baru ujian kecil..

eyh.. korang nak dengar tak my Honey bucuk2 punya cerita.. dia ada tulis message kat aku yang berbunyi 'sayang la sayang oi yang ku sayangi lagi menyayangi bersama orang yang tersayang sehingga kesayangan itu tak mampu dibuang daripada orang yang tersayang macam you sayang..' aku lantas memujinya bahawa ayat2 dia tu seperti orang sastera walaupun aku sendiri kurang faham apa yang dipertuturkannya.. lepas tu dia minta aku masukkan dalam blog aku ni.. haha.. aku apa tunggu lagi.. aku terus masukkan la.. tunggu cangak lagi?

asalamualaikum
jazakallahuqairankasiran

Monday, October 25, 2010

Masa itu pantas ye?

25-oct-2010

awak kenapa masa ni terlalu pantas..? dia cemburu eyh dengan kita..?

saat aku mengenali kalian di sini tak akan pernah aku lupakan sampai bila2.. kalian semua terbaik bagi aku.. terutama kawan2 lelaki aku yang ada kat jitra ni.. aku tak ramai kawan kat jitra ni.. tapi cukup la bagi aku untuk menemani setiap hariku.. agak pening sikit ayat2 aku ni.. tapi pandai2 la kalian faham.. aku nak pindah sekolah 30-oct-2010 ni.. huhu (T_T).. tak seronok pun tapi kena terima jela hakikat bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan..


kepada kawan2 aku yang dekat jitra ni.. hari aku nak pindah tu datang la ye mai tengok aku berangkat.. kalau rajin tu mai la tolong angkat barang.. eyh2.. sorry ye.. ni bukan paksaan.. ikut korang la kalau nak tolong tu tolong la.. ringan sikit kerja2 mengangkat barang nanti.. maybe tak banyak barang yang nak kena angkat.. ada la almari sikit + barang2 lektrik sikit + sofa.. haha.. kalau nak diharapkan kudrat aku sekeluarga maybe tak mampu kot.. tapi tak taw la kot2 ada jiran2 yang free hari tu ley tolong kami.. macam aku pindah dulu ada kawan2 aku & kawan2 adik aku + jiran2 mai tolong.. seronok juga la time tu.. ada orang sponser makanan kat kami.. tu yang bertambah seronok..


kepada kelas 4Arif.. diharap korang semua ok2 ja dalam kelas bila aku tak da nanti.. tak maw gaduh2.. bila aku dah tak da nanti tenang la sikit kelas 4 Arif tu.. sebab aku ni just bawa masalah ja kat kelas 4 Arif tu... aku ni suka memalukan kelas 4 Arif je kan.. biarlah aku pindah jauh2.. umpama kata orang tua2; bila dekat orang mengata, bila dah jauh orang teringat kat kita.. tak tahu lagi la kalian ingat aku ke tak.. maybe korang citer buruk je pasal aku ni.. yela, aku budak masalah dalam kelas tu kan..? aku sedar dol.. tak payah la nak sound depan2.. satu lagi.. kalau tak maw kawan tu, tak ya la kawan ok.. tak kisah pun sebenarnya.. tak payah la citer buruk2 + kutuk + sound aku.. kita hidup masing2 ok.. tak kacau duit or harta mak bapa nenek tok wan sape2 pun.. hal someone tu kita jangan la busybody sangat ok? kalau tak puas hati tu cakap ja.. tak yah la tegur2.. nampak sangat ada iri hati dengan aku.. =..= first sekali, aku nak bagitahu la kan.. duit kafan + keranda + batu nisan semua tak kacau duit kalian.. duit khairat kematian lagi la tak kacau sape2.. aku simpati la kalau kalian malu nak kawan dengan aku.. tapi sebenarnya ADA AKU KISAH? please la.. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sepak terajang sape nak kisah weyh..? alaa.. kesiannya, hasad dengki dalam tu semua ada dalam diri manusia.. FYI, who cares sayang? bestnya aku tulis kata2 ikhlas ni.. peribahasa melayu ada menyatakan_ bila dekat bau busuk, bila jauh bau wangi je.. faham2 la sendiri kata2 ni ye.. semua aku tulis ni untuk semua kawan2 yang mengenali aku + yang tak mengenali + baru nak mengenali pun tak pe..


aku seronok la kalau dapat kawan dengan ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.. ######best sangat kawan dengan laki.. sebab perempuan suka sangat menyakitkan hati aku.. tambah2 bila perempuan tu dengan kawan2 dia.. perghh, kalau dia boleh aibkan orang tu, kejap je dia boleh buat.. tu ikut perempuan juga la.. kalau baik dia tak la buat benda2 macam tu.. tak pe la.. aku tak salahkan pun mak bapa sape pasal anak dia suka aibkan orang.. aku nak salahkan 'monyet' dia..


Apa2 pun semoga hidup kalian bahagia ok? sekian kata2 ikhlas dari hati Ahmad Faiz bin Zulkipli @ Najmin Azraq.. Asalamualaikum.. segala kata2 aku adalah untuk kebaikkan kalian dan menyedarkan kalian dan bukan sahaja aku beri untuk kalian tapi untuk diri aku juga.. InsyaAllah.. macam ustazah aku kata.. kalau perli lebih senang orang nak faham + perli itu adalah salah satu cara orang tua dulu2 menasihati.. tapi ikut la persepsi masing2 tu.. aku malas cakap dengan orang ego dan tak terima cara orang lain sama...

JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN