Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

strong but not strong enough?

28-okt-2010

mood: sakit tekak laa.. perit la bila nak makan.. semalam aku pergi hospital nak check.. dokter kata tonsel aku bengkak + merah.. dokter tu bagi aku ubat2 yang boleh sembuhkan aku.. dokter tu kasi banyak ubat juga la; EXPECTORANT DIPHENHYDRAMINE, PARACETAMOL 250MG, AMOXYCILLIN 250MG, CHLORPHENIRAMINE MALEATE 4MG..

ubat2 ni aku kena makan bagi habis la.. kalau aku nak betul2 sembuh.. tapi sekarang pun aku dah rasa sakit aku ni dah kebah2 sikit dari 2 hari lepas... aku pergi hospital pun malam semalam.. kejap je aku rasa dah makin kebah sakit aku ni.. padahal baru ja makan ubat.. patut ke aku makan ubat ni sampai habis seperti mana dokter suruh aku buat?.. ataupun aku buat tak tahu ja.. ermm, bila aku fikirkan balik, aku ni cuma budak 16 tahun, berbanding dokter tu yang dah ada sijil PERDOKTORAN, aku rasa memang patut aku dengar cakap dia..
serentetan dengan itu, aku minta dokter tu bagi surat MC kat aku sebab aku tak maw pergi sekolah hari ni.. tambah pula, hari ni ada exam english.. aku memang malas sangat sebab tak baca buku langsung malam semalam.. bila aku bangun ja pagi tadi, semua family aku ada kat rumah.. ayah aku tak pergi kerja maybe dia cuti, lepas tu adik aku fazrul dan saufi depa dah habis exam so depa tak pergi sekolah pun tak pe, ibu aku memang tak kerja pun sebab dia suri rumah, aku pulak sakit tekak tapi tak pe la kot aku tak pergi sekolah sebab aku ada sijil cuti sakit.. haha... tadi pagi ibu aku pergi sekolah nak uruskan surat pertukaran sekolah aku, lepas tu bila ibu dah balik rumah, ibu aku bagitaw suruh bawa buku koko bagi kat guru kelas aku, dia nak isi ape ntah.. aku pun tunggu la ayah aku balik sebab ayah aku bawa moto aku.. bila ayah aku dah balik terus aku naik motor pergi sekolah, punya la malu gila, segan nak mampos, dah la aku tak pergi sekolah pastu masuk area sekolah pula.. aku buat muka tak malu la pergi masuk pejabat cari cikgu kelas aku, cikgu kelas aku tak da pula kat tempat dia, aku pun letak la surat MC aku atas meja dia, lepas aku keluar dari bilik guru tu, aku terserempak dengan ustaz kashmi, dia sembang kejap dengan aku, lepas tu aku terus pergi ke kelas aku, Odw masa nak pergi kelas aku tu, aku nampak cikgu mona fairuz_aku tanya la 'cikgu hizan ada kat mana?, cikgu taw x' cikgu jawab ' jap na, cikgu call tanya dia kat mana' lepas tu cikgu pun call la, rupa2nya cikgu nurul ada kat kelas 4Elite, puas taw aku cari rupanya dia kat kelas bawah je.. sebelum aku pergi kat cikgu hizan, aku nak masuk kelas aku dulu ambil barang bawah meja aku sikit, aku punya la malu nak masuk kelas aku, dengan masa tu depa semua tengah exam, lepas tu teacher Yusnianida tengah jaga kelas tu, tapi aku tetap beranikan diri buat muka slumber badak je_tapi sebelum aku ambil tu aku tanya teacher la minta kebenaran.. haha.. lepas aku ambil barang2 tu aku terus turun bawah bagi buku koko aku kat cikgu nurul hizan.. aku janji dengan dia nak ambil buku tu petang ni.. tapi HARAMM tak pi ambil pun..
Sebab petang tadi aku keluar dengan kawan aku.. aku budget tak hujan la belah tanah merah tu sebab aku tengok langit belah tanah merah tu cerah ja, sekali aku p hujan juga rupanya.. awal aku pergi tu tak hujan lagi cuma renyai2 ja, lepas tu aku ronda2 la dengan kawan aku masa hujan seriat sikit.. bila masuk highway ja terus hujan lebat menyambar kedatangan kami, aku ingat nak patah balik ja, tapi bahaya la patah balik sebab highway mana ada jalan dua arah.. gila la, aku redah juga la, lepas tu aku nampak ada exit highway bukit tinggi terus aku masuk la, dah lencun habis baju aku ni, tambah pula aku pakai jeans lagi la tak selesa aku dibuatnya, dengan kasut aku masuk air, adoihhh.. lepas tu kami terus cari tempat berteduh kat area tu, tengok2 ada garage kereta_apa lagi aku terus masuk la.. bagi kering sikit2 aku terus batalkan niat aku nak pergi makan kat Alor Setar dengan kawan aku, kami patah balik pergi Tanah Merah.. adesss, buang minyak moto ja, kalau awal2 kami pergi kat restoran tu mesti tak basah lencun macam ni, gila la.. dah jauh jalan pastu patah balik tempat yang awal2 tadi ja.. kami pergi makan kat Restoran SanThai.. kami memang budget nak makan TomYam je.. terkabul juga hajat aku nak makan Tomyam ni, memang lama dah kempunan nak makan pun sebenarnya.. akhirnya.. heheeee.. selesa juga restoran tu, tapi kami ni basah lencun yang tu la spoil sekali.. adussss.. basah kuyup pastu masuk restoran.. sedap la juga makanan restoran tu, tapi yang aku peliknya, kawan aku order ayam goreng tepung tapi yang sampai macam cucur manis taw x.. kalau korang tak taw cucur manis.. memang sebiji macam cucur manis.. tak boleh blah betul, rasa pun macam cucur manis, ayam dia pun tak rasa.. aku rasa depa salah beli tepung ni.. ataupun memang ayam goreng tepung thailand macam tu? tak mahal sangat la sangat apa yang kami makan.. tak sampai rm20 pun.. haha, bukan duit aku pun yang keluar, duit kawan sebab dia nak belanja aku.. BTW, thanks banyak2 taw.. kalau aku ada duit nanti aku belanja hang balik taw.. lepas tu kami pergi la jalan2 nak bagi baju kering, tapi memang sejuk tahap cipan la.. tak tahan sampai mengigil aku dibuatnya.. sebab baru lepas hujan kan.. memang the best day i ever had la orang putih kata..

lupa pula nak cerita, aku tak sempat nak cakap kat kawan2 + cikgu2 aku yang aku nak minta maaf sangat apa yang aku pernah buat.. di sini saya nak minta maaf ok.. kalau ada tersalah dari segi kata, perbuatan ke apa ke saya memang ikhlas sangat2 nak minta maaf.. aku sebenarnya malu nak pergi kat cikgu2 aku nak pergi cakap minta maaf + minta halal apa yang cikgu2 dah ajar ok.. saya tahu saya jahat.. saya tak sempurna seperti mana cikgu nak saya jadi..
saya sayang kawan2+ cikgu2 saya.. salam.. sehingga berjumpa dicoretan seterusnya..
SAYA SANGAT SAYANG KALIAN SEMUA

Wednesday, October 27, 2010

Honey Punya Cerita

27-10-2010

mood? sakit la sayang.. tekak terasa panas dan perit di setiap masa.. maybe sebab aku demam.. bila nak makan lagi la sakit sebab nak telan tu... perghhhh nikmat kesakitan tiada tandingan.. tak tahu la nak makan apa sebab semua yang aku makan semuanya sakit2 belaka.. ni lah ujian Allah berikan aku seupa aku lebih tabah berada di atas muka bumi ini.. dan aku tahu ni baru ujian kecil..

eyh.. korang nak dengar tak my Honey bucuk2 punya cerita.. dia ada tulis message kat aku yang berbunyi 'sayang la sayang oi yang ku sayangi lagi menyayangi bersama orang yang tersayang sehingga kesayangan itu tak mampu dibuang daripada orang yang tersayang macam you sayang..' aku lantas memujinya bahawa ayat2 dia tu seperti orang sastera walaupun aku sendiri kurang faham apa yang dipertuturkannya.. lepas tu dia minta aku masukkan dalam blog aku ni.. haha.. aku apa tunggu lagi.. aku terus masukkan la.. tunggu cangak lagi?

asalamualaikum
jazakallahuqairankasiran

Monday, October 25, 2010

Masa itu pantas ye?

25-oct-2010

awak kenapa masa ni terlalu pantas..? dia cemburu eyh dengan kita..?

saat aku mengenali kalian di sini tak akan pernah aku lupakan sampai bila2.. kalian semua terbaik bagi aku.. terutama kawan2 lelaki aku yang ada kat jitra ni.. aku tak ramai kawan kat jitra ni.. tapi cukup la bagi aku untuk menemani setiap hariku.. agak pening sikit ayat2 aku ni.. tapi pandai2 la kalian faham.. aku nak pindah sekolah 30-oct-2010 ni.. huhu (T_T).. tak seronok pun tapi kena terima jela hakikat bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan..


kepada kawan2 aku yang dekat jitra ni.. hari aku nak pindah tu datang la ye mai tengok aku berangkat.. kalau rajin tu mai la tolong angkat barang.. eyh2.. sorry ye.. ni bukan paksaan.. ikut korang la kalau nak tolong tu tolong la.. ringan sikit kerja2 mengangkat barang nanti.. maybe tak banyak barang yang nak kena angkat.. ada la almari sikit + barang2 lektrik sikit + sofa.. haha.. kalau nak diharapkan kudrat aku sekeluarga maybe tak mampu kot.. tapi tak taw la kot2 ada jiran2 yang free hari tu ley tolong kami.. macam aku pindah dulu ada kawan2 aku & kawan2 adik aku + jiran2 mai tolong.. seronok juga la time tu.. ada orang sponser makanan kat kami.. tu yang bertambah seronok..


kepada kelas 4Arif.. diharap korang semua ok2 ja dalam kelas bila aku tak da nanti.. tak maw gaduh2.. bila aku dah tak da nanti tenang la sikit kelas 4 Arif tu.. sebab aku ni just bawa masalah ja kat kelas 4 Arif tu... aku ni suka memalukan kelas 4 Arif je kan.. biarlah aku pindah jauh2.. umpama kata orang tua2; bila dekat orang mengata, bila dah jauh orang teringat kat kita.. tak tahu lagi la kalian ingat aku ke tak.. maybe korang citer buruk je pasal aku ni.. yela, aku budak masalah dalam kelas tu kan..? aku sedar dol.. tak payah la nak sound depan2.. satu lagi.. kalau tak maw kawan tu, tak ya la kawan ok.. tak kisah pun sebenarnya.. tak payah la citer buruk2 + kutuk + sound aku.. kita hidup masing2 ok.. tak kacau duit or harta mak bapa nenek tok wan sape2 pun.. hal someone tu kita jangan la busybody sangat ok? kalau tak puas hati tu cakap ja.. tak yah la tegur2.. nampak sangat ada iri hati dengan aku.. =..= first sekali, aku nak bagitahu la kan.. duit kafan + keranda + batu nisan semua tak kacau duit kalian.. duit khairat kematian lagi la tak kacau sape2.. aku simpati la kalau kalian malu nak kawan dengan aku.. tapi sebenarnya ADA AKU KISAH? please la.. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sepak terajang sape nak kisah weyh..? alaa.. kesiannya, hasad dengki dalam tu semua ada dalam diri manusia.. FYI, who cares sayang? bestnya aku tulis kata2 ikhlas ni.. peribahasa melayu ada menyatakan_ bila dekat bau busuk, bila jauh bau wangi je.. faham2 la sendiri kata2 ni ye.. semua aku tulis ni untuk semua kawan2 yang mengenali aku + yang tak mengenali + baru nak mengenali pun tak pe..


aku seronok la kalau dapat kawan dengan ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.. ######best sangat kawan dengan laki.. sebab perempuan suka sangat menyakitkan hati aku.. tambah2 bila perempuan tu dengan kawan2 dia.. perghh, kalau dia boleh aibkan orang tu, kejap je dia boleh buat.. tu ikut perempuan juga la.. kalau baik dia tak la buat benda2 macam tu.. tak pe la.. aku tak salahkan pun mak bapa sape pasal anak dia suka aibkan orang.. aku nak salahkan 'monyet' dia..


Apa2 pun semoga hidup kalian bahagia ok? sekian kata2 ikhlas dari hati Ahmad Faiz bin Zulkipli @ Najmin Azraq.. Asalamualaikum.. segala kata2 aku adalah untuk kebaikkan kalian dan menyedarkan kalian dan bukan sahaja aku beri untuk kalian tapi untuk diri aku juga.. InsyaAllah.. macam ustazah aku kata.. kalau perli lebih senang orang nak faham + perli itu adalah salah satu cara orang tua dulu2 menasihati.. tapi ikut la persepsi masing2 tu.. aku malas cakap dengan orang ego dan tak terima cara orang lain sama...

JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN

Saturday, October 23, 2010

Biru Itu Aku, Bintang Itu Dia

23-oct-2010

mood; tengah ok2 saja.. rindu sangat sama isteri yang berada di pulau sana.. haha.. aku ingat nak pergi la Penang selalu bila dah pindah Sungai Petani nanti.. tapi satu jer masalah.. dia jer yang tak nak jumpa aku.. tapi bukan bermakna dia tak mau jumpa aku terus.. atas hal yang tertentu dan bersebab memang dia tak boleh keluar nak jumpa aku.. yela, tahun depan kan dah nak ambil SPM.. abah dia dah tentu2 tak bagi dia keluar rumah sangat.. tapi ikut dia jela kan, kalau nak keluar tu boleh tapi pandai2 la cakap.. aku tak kisah sangat kalau dia tak mau jumpa aku sebab aku faham situasi dia.. kalau aku paksa pun bukan boleh ubah apa2.. apa pun aku sangat merindui dia.. hopely, aku masih ada dekat hati dia..

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog aku nie? huhuhu.. aku tahu la blog aku nie tak se"femes" blog lain.. yela, blog orang lain tue follower dorang memang ramai sesangat.. haha, apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni yang ada follower bawah 20 orang ja.. eee.. tak standart langsung pun.. tapi aku dalam proses la nak mencapai blogger yang maju dan hebat.. memang aku nak sangat2 jadi blogger yang hebat dan dikenali ramai.. hahax.. boleh ke aku mencapai impian aku untuk menjadi blogger maju sebelum 2011? haaa, itu yang kita tak tahu.. apa pun aku perlu sokongan korang semua, lepas korang baca blog aku ni, tolong la follow + berikan komentar yang baik2 untuk aku.. sesungguhnya, jasa baik korang semua akan ku ingat sampai bila2.. aku cuma nak tahu.. isi cerita blog aku ni tak 'best' ker atau kurang menarik? haa, itu yang kita tak taw.. adakah isi cerita aku ni tak cukup sewel untuk menyewelkan anda semua? apa pun kesewelan aku mungkin tak dapat dizahirkan melalui kata2 maybe dengan perangai aku je.. alaaa, kalau tak cukup lawak @ sewel pun entri2 aku ni, korang buat gelak + seronok je k.. tahu la entri2 aku ni membosankan pun.. tapi tak yah la buat teruk..

Ehh! aku ada cerita tak kat korang pasal aku pergi program dekat sekolah menengah Hosba.. aku dapat pergi Program Majalah Dalam Kelas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.. nama program ni dengar macam seronok sangat.. tapi boleh la.. aku gredkan program ni 10 bintang la dari 100 bintang.. program ni tak best bukan apa.. aku rasa disebabkan oleh dua orang penceramah dia ja.. tak berapa best la cara dia nak sampaikan tu tak berapa nak dapat.. aku kesian tengok diorang.. dorang 'try' nak buat lawak.. yang aku tak tahan betul bila abang tu buat lawak "teka abang ni dari negeri mana?.. ok2, abang ni dari negeri 10-1.. negeri apa eyh, negeri 7?" memang lawak tahap dingin la, nak gelak tak tergamak sebab memang tak lawak pun, kalau tak gelak abang tu terasa pula.. tapi tak menjadi masalah la bagi aku pun.. bila lawak tak jadi tu la aku nak gelak.. aduh, biar la.. mungkin diorang tu orang baru lagi.. apa yang aku nak cerita ni, program ni banyak ceritakan pasal buku2 yang Dewan Bahasa dan Pustaka keluarkan.. dan aku langsung tak tahu pun yang DBP dah keluarkan 10 buah jenis majalah.. itu tak termasuk buku2 teks yang diorang buat, buku2 kamus, buku2 novel dan macam2 lagi.. first aktiviti tu abang 'Gabu' nak kami berada dalam kumpulan, sekolah aku diberi kumpulan dengan sekolah SMK Tengku Bendahara .. memang tak berapa happening sangat sekolah tu.. diam jer aku tengok depa tu, mungkin malu kot untuk bersuara.. sekolah yang kami team sekali tu semuanya perempuan.. first task yang kami kena buat ialah membina menara yang paling tinggi + boleh menampung berat dua batang pen marker.. yang paling mencabar tu disebabkan oleh menara yang kami buat ni bahannya adalah straw minuman semata2.. tak boleh pakai gam, gunting, pita pelekat.. dengar memang agak senang.. tapi memang susah.. cuba korang bayangkan... depa bagi straw seplastik.. korang nak buat menara macam mana? dah la kena buat menara paling tinggi.. adoi.. pastu kena tampung berat 2 batang pen.. tapi tak mustahil benda tu boleh jadi.. atas daya usaha dari pemikiran ahli2 kumpulan aku mereka berjaya membuat menara tertinggi.. tapi sayangnya akhirnya ranap pabila diletakkan sebatang pen marker.. huhu.. walhal, kumpulan lain buat tak tinggi pun tapi mampu menahan beban pen yang sememangnya tak berat sangat pun.. cuma bentuk menara kami tu ja tak kena gaya sebab tu runtuh.. lepas tu kami kami dengar la sedikit sejarah tentang DBP ni.. then, rehat jap g makan.. g makan bihun goreng jer pun + air sarsi bancuh.. bihun tue memang tak sedap, ikhlas aku kata cuma ley kenyangkan perut aku ni je.. haha.. bihun tu daun kucai je lebih.. yang laen apa pun tak da.. hampeh.. lepas tu aku tunggu jap la sementara tunggu program tu mula balik.. agak kebosanan la sementara nak tunggu program tu bersambung.. selain tu ada la aktiviti2 lain.. aku nak cerita pun tak reti tapi dia suruh wat persembahan la kat atas pentas.. itu jela cerita aku nak ceritakan.. yela, program ni dengar je macam best.. tapi tak sangat la.. tengah2 je..


ok guys! bye2.. asalamualaikum.. jazakallahuqairankasiran.. semoga hari2 korang happy2 selalu..

Wednesday, October 20, 2010

20102010

20102010

mood: seakan-akan gila dek kerana terhantuk pintu bilik.. huhu.. adesss, exam minggu depan.. tapi langsung aku tak study.. bagus punya budak.. hee.. aku malas la.. tahu jela kan memang aku ni malas..

Dalam kelas suka sembang.. sampai ada suatu hari tu cikgu kimia marah2 aku sembab sembang dalam kelas.. tapi biar jela kat dia.. macam tu la cikgu.. tu tugas dia.. buat apa nak cerca dia.. sedangkan dia sedang bertungkus lumus untuk memajukan anak murid + bangsa dia.. kerja sebagai cikgu ni adalah antara kerja paling mulia di sisi Allah.. sesungguhnya mereka seolah-olah mereka itu ibu bapa kedua bagi kita.. mereka mendidik kita untuk berjaya.. percayalah.. tak ada cikgu yang nak anak muridnya lingkup dari segi akedemik mahupun sahsiah diri.. seteruk mana pun cikgu nak marah aku.. aku tak kisah.. aku yang salah dan aku berusaha tak akan mengulangi kembali.. kenapa ya aku bukan yang terbaik? sebab yang semuanya baik itu tak akan ada lama diri seseorang itu.. kerana kita manasia lemah yang mungkin ada buat salah silap dalam di tika hidupnya.. hmm.. aku nak share something ni, kata- kata dari cikgu Bahasa Malaysia en. Mhd Na'im b. Hashim, 'Setiap yang zalim itu ada hikmahnya'.. hikmah yang dimaksudkan cikgu itu mungkin kita tak akan dapatnya sekarang tetapi kebaikannya akan ada pada masa sekarang.. seperti contoh cikgu aku cakap.. firaun suatu masa dulu pernah mendera + menyiksa rakyatnya untuk menyiapkan piramid2 yang kita boleh tengok sampai hari ini.. tapi adakah anda sedar pada hari ini, negara Mesir mengaut keuntungan berbilion USD dalam setahun atas nilai sejarah yang ada pada piramid2 itu.. adakah anda sedar tentang cerita pembinaan Taj Mahal, tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Hitler, pembinaan Tembok Besar Cina oleh pemerintah China, Qin Shi Huang yang meragut beribu2 nyawa.. hmmm..

Si Penjual Telur

20-okt-2010
mood: penat la.. dari pagi sampai petang tadi terlibat dalam porogram Majalah Dalam Kelas.. tapi seronok je la.. walaupun pengaturan program tu agak serabut dan tak berapa syok pabila penceramah dia kurang skill sebagai penceramah yang mampu menarik minat pendengar.. maybe one day dia boleh juga jadi someone yang seronok nanti.. hah! sebelum terlupa aku nak cerita la satu cerita lawak yang aku baru ja aku teringat.. sebenarnya aku dah baca lama da.. tapi still terngiang2 di otak aku sebab agak kelakar dan terntah hape2.. tape pape pun korang enjoy saje k. klau tak rasa lawak tue.. korang g hospital untuk check masalah mental anda k..

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.




Friday, October 15, 2010

Kau bodoh ke aku yang bodoh?

15-okt-2010
mood; kebosanan sebab tak tahu apa nak buat sangat.. so, korang tahu2 jelakan bila aku tak mood nie la aku suka tulis blog.. kalau aku tulis blog aku sukabila mood aku tengah marah... sebab aku banyak idea dari aku mood baik.. sekali lagi peringatan, ini blog aku.. suka hati la apa aku nak tulis ok?.. jangan la nak canang2 kat orang aku ni jahat.. korang (siapa terasa boleh amik simpan letak celah ketiak wat deodoran) tu yang jahat kot nak canang kata entri2 aku tulis ni berbaur pengkhinatan @ sindiran.. kalau korang tak puas hati buat la page sendiri.. aku tulis atas apa kehendak aku nak.. ini cara aku dan tak kacau hampa sorang pun.. kalau lappy + elektrik + line internet aku nie hampa punya tak pela juga nak halang2 kan? tapi malangnya bukan hampa punya.. alololo, tak puas hati? suka hati lu lar..

MENGAPALAH kawan2 (sape terasa amik.. lepas tue letak atas pale buat shampoo) aku kat sini tak takut dengan aku.. maksud aku kenapa depa tak respect aku..? dulu kawan2 aku kat Penang tak adalah biadap dengan aku.. maybe dorang kenal aku better.. yela aku dah lama kat sana.. depa dah kenal aku nie orang jenis yang macam mana.. aku tak suka orang yang jenis lepas cakap macam sial.. aku cakap terus terang la.. kalau muka cantik @ handsome tapi perangai macam baghal + mulut macam longkang pun tak da guna k.. lagi satu nak cerita la kan.. aku memang suka gaduh2 nie.. aku nak bagitaw lagi, aku nie selalu gaduh pasal benda kecik sebab aku ni panas baran + even, kawan baik aku pun aku pernah pukul.. siapa ja yang pernah cabar kewibawaan aku sebagai lelaki memang aku settle habis- habisan.. aku sanggup mati-matian untuk jaga maruah aku dan benda yang aku sayang.. sejarah aku gaduh; aku tak pernah kalah dengan siapa pun.. kalau aku tak mampu nak gaduh dengan orang tu aku akan cuba elak.. tapi kalau 'sialan' tue "pull out my trigger" aku memang gaduh bermati-matian.. okay3.. siapa yang tak puas hati dengan aku sekarang ni? aku tak suka settle cara baik.. aku suka gaduh.. aku memang tak pandai gaduh (tikam lidah) dengan orang.. jadi cara untuk selesaikan masalah aku dengan tumbukan padu kat kepala la..

ermm.. korang tak percaya ke apa aku cakap ni? korang boleh tanya kat kawan2 aku yang pernah tengok aku gaduh.. seriously, bukan aku nak menunjuk diri aku kuat atau tak.. cuma peringatan untuk yang tak tahu.. diam tak diam.. tahun nie aku macam berubah sikit bila datang kat sekolah baru ni.. tak gaduh dengan orang.. tapi orang cari gaduh ada la.. dah la gaduh sebab perkara yang tak pernah berlaku.. kalau aku jadi laki yang marah kat aku tu mesti dia malu tahap cipan.. dah la benda tak betul tiba2 mai sound kat aku kata aku keluar dengan GF dia la, kata aku rapat dengan GF dia la, kata aku buat benda pelik2 dengan GF dia la.. lepas tu, paksa aku mengaku betul apa yang dia cakap tu.. nak mengaku apa kalau aku dah tak buat sial woi.. dia ingat aku takut.. macam taik lagi.. tahu la muka aku handsome (perasan la plak) mesti dia takut aku nie ancaman atau persaingan bagi dia.. hahaha.. suka hati lu la der.. kalau tak nak orang kacau GF lu, lu ambil simpan GF lu bawah katil, tak pun dalam almari ke, baru orang tak leyh kacau..
adesss, penatlah saya menulis nie..

bye2 semua.. sayang semua readers.. jangan marah taw? Tun Dr. Seri Mahathir meluahkan isi fikiran dan ketidakpuasan hati dia melalui blog.. aku juga mahu seperti beliau.. sebab kalau luahkan fikiran melalui media massa kebanyakkannya memang tak sampai apa yang betul2 beliau nak cakap sebab media massa takut ban.. selidik dulu ye apa yang saya nak cuba cakap ni k.. tak reti la saya nak cerita panjang kalau orang tak faham...

ASSALAMUALAIKUM
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN

Thursday, October 14, 2010

Fakta2..

15-okt-2010
mood; i'm not okay la dear.. sakit dada.. kahak2 degil masih di dalam dada.. batuk aku kadang kala berdarah.. pedih sangat.. hmm.. tapi dalam kesakitan ada penawarnya_ iaitu: ceritera lawak.. haha

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

jazakallahuqairankasiran
assalamualaikum


Aku Seekor Lalait


15-okt-2010
mood: agak keseriusan sebab tengah gaduh dengan isteri aku.. dia hangin pelik jew kat aku


Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah
korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana
kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu
kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,
dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,
nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak
tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat
aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak
ngko dengan dia lagi, aku bagi
kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi
sinonim dengan kehidupan
kaliansehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca
Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang
mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di
seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi
dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari
sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.
Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku
dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku
bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa
penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor
aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat
khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku
mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan
sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik
pada
perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian
lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi
aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada
Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti
burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah
Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku
cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari
kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin
kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku
mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya
dengan motosikal-motosikal
dan
kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan
bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi
semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.
Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar
sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah
tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku
menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang
sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya
dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar
pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat
sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura
berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air
Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencarikot-kot ada lalat...)

Jazakallahuqairankasiran
assalamualaikum


Tips Mengelak Dirompak

15-okt-2010
mood; HARI YANG CERIA!__agak kelakar kedengaran.. hahaha..

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)

jakallahuqairankasiran
assalamualaikum



Masalah Orang Tua



15-okt-2010

mood; best2 jew.. baru dengar cerita kelakar.. nak dengar tak? huhuhu.. kalau tak kelakar gelak juga taw.. nanti saya sedih.. hahaha.. jangan fikir kotor jew.. haha

Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada

di dalam air maninya.
Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu dat

ang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
"Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.

Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"




hehehe.. sekian
JAZAKALLAHUQAIRANkasiran
ASsALAMUALAIKUM!

Sunday, October 10, 2010

The Shines of Guilty

11-0kt-2010
Hari yang ceria.. Bermain di taman Ribena hari ini, musim blackcurrant riang sekali.. Huhuhuhu.. Lagu kanak2 ribena.. Hahaha.. Dah lama aku tak post blog aku ni.. Gila bosan taw tak kalau tak tulis blog ni.. Aku tak tulis entri baru bukan aku malas.. Aku cuma letih + tak da masa + tak da idea yang cukup.. Yela, tak kan la aku nak cerita merapu2 kat korang kot.. Heeee^^.. By the way, aku nak bagitaw ni.. AKU DA LULUS UJIAN MOTOR DENGAN JPJ.. Hahax, saje la nak bgtaw.. Lantak la kan, ni blog aku kot?

Kepada readers2 + followers aku semua ni, aku nak minta maaf yer kalau ada buat salah silap, sebab cikgu aku kat sekolah ada kata, 'kita ni buat dosa senang sangat walaupun tanpa kita sedar even dengan kata2 kita saja'.. So, tolonglah maafkan aku k.. Kalau tak maw maafkan sudah la, tak payah cakap banyak, tu dah jadi urusan hang dengan Allah.. Aku dah minta maaf sehabis baik + ikhlas dah ni.. Cikgu aku ada kata lagi 'batu api ni kalau kita ketuk dalam air pun dia menyala gak, mai p lae tsunami ka, banjir ka dia tetap menyala'_ cikgu mhd na'im.. Lantak la kat batu2 api yang dok ada kat keliling aku ni.. Kalau rasa diri tu bagus sangat korang boleh la buka BATU API FAN CLUB.. 凸>.<凸 ini wa angkat kasi sama lu k!
weyh.. aku nak tanya nie.. kenapalah bila kita buat baik tapi orang tak nampak.. tapi bila kita buat jahat sekali orang pulun la kutuk kita sampai nak mati.. ape la manusia sekarang ni.. aku tak mahu la kata diri aku ni baik.. kalau aku macam tu dengan siapa2 korang bagitaw k.. aku nak juga marah diri aku + hukum diri aku nie.. aku tahu aku jahat juga.. yela aku bukan malaikat.. mesti ada salah juga.. mysteric... hysteric..

hmm.. korang tahu tak.. aku gaduh dengan kawan2 aku kat Penang tu.. aku ni terlampau emo sangat dengan depa.. terlalu amik serius dengan benda remah.. aku la lebih2 sangat buat teruk.. depa dah sehabis baik cuba cakap baik2 dengan aku.. cuma aku ja keras kepala.. tapi aku memang tak puas hati dengan kawan aku.. dia sanggup tipu aku yang dah lama kawan dia.. dia ingat aku nie baruah ka.. suka hati ja nak tipu.. aku memang pantang kalau kawan tipu kawan.. so, sekarang nie keinginan aku nak pergi Penang pun dah makin tak da.. aku dah tak suka dengan kawan 2 aku kat sana.. benci korang.. aku ja lebih2 yang teringat kat hampa.. tapi hampa bukan ingat aku.. macam sial lagi.. kalaulah aku ada kat sana aku dah mungkin gaduh teruk2.. lagi satu, aku ja dok pulun p Penang.. tapi hampa ada usaha nak mai Kedah jumpa aku? kalau kawan .. kalaulah aku ni 'kawan' hampa.. hampa tak kan berharap aku ja p jumpa hampa.. so, pandai2 la fikir k.. sampai bila aku nak dengar cakap hampa.. sampai bila aku nak happykan hampa.. baruah he! kawan mestilah jadi yang terbaik untuk kawan.. bukan jadi something yang 'bila suka amik, bila benci buang'- macam keiseki lagi! and last! kalaulah aku nie kawan.. cari aku.. ingatlah yang aku ni bukan baruah yang korang boleh tipu + paksa macam monyet hampa..

KALAU DAH DASAR BANGSAT TUE.. BANGSAT JUGAK!

ASALAMUALAIKUM!
SEMOGA ALLAH MEMULIAKAN KALIAN!

Thursday, October 7, 2010

Untuk Tatapan Zunairah

7-okt-10
Jiwaku kosong_ berbisikkan kerinduan dari orang di pulau.. Ohh, rindunya Penang..

Kali ni aku nak coretkan cerita kawan2 kelas aku_ Kelas 4 Arif.. Hmm, tujuan aku tulis blog ni adalah khas untuk ZUNAIRAH sebab dia ada minta sambungan episod (II).. Sorry ZU sebab late sangat nak update.. Aku busy + tidur awal sebab tu letih nak update.. Tak apa kot ZU? 'segala kesulitan amat dikesali'..

Kalau korang nak tahu, aku ni bersekolah di SMK PAYA KEMUNTING.. Sekolah ni memang gempak habis sebab cikgu2 + student2 kat sekolah ni memang happening tahap cipanzi.. Tapi kami tak la kategori macam sekolah sarkas atas sebab aku kata sekolah aku happening tahap cipanzi.. Hee^^.. Apa la aku mengarut ni.. Hmm =__=.. Tapi yang paling aku seronok mestilah budak kelas aku.. Huhu.. First sekali mestilah ZUNAIRAH_ ZU + dia nie bendahari kelas aku.. Hee.. Dia macam 'ah long' tapi dia bukan kutip duit untuk diri dia tapi untuk kebaikan bersama.. Dia nie kecil orangnya + comel= nicey icey friend.. Seterusnya, NADIAH_DIK DIAH + dia baik sangat + penyengap sikit + atlet sekolah + comel + cantik + obses sangat nak kurus walaupun dah kerempeng + suka artis korea= perfect girl.. She too nice to me.. Next, ARIFF_ ARIP + sempoi ja + gila2 + happening + suka sembang dengan aku + banyak memberi petua-petui kehidupan seharian + banyak ajar aku masa belajar + syok giler= cool guy.. NAJMI_CHAK + quit obsess with converse stuff + gila2 + lawak tahap penguin + banyak memberi info2 yang aku tak tahu + supporting + caring + brilliant + guling2 = superb friend.. LEE BOON HONG_ ABUN + putih + pandai + simple guy + happening + gila2 + suka potong mood orang + annoying sometime + syok la juga + aku belajar sikit2 bahasa cinta dengan dia = good boy.. FAEZAH_ ketua tingkatan + talkactive + baik + obediant = respectful friend.. KU AZWEEN_ AWIN + lawak + baik + ada LC (aww!) + supporting= nice friend.. HAFIQAH_ PIQAH + budak pandai + terer addmath + rajin + suka sakat aku + lawak gila= ronaldo '7.. DAYANG_ YANG+ penyetia + lawak + baik + pakar bercerita= plop2? EDRINA_ED+ good + pemain piano terhebat + awesome + supporting + open-minded= extreme fine.. NAJWA J_ najwa+ kecil + comel + dramaqueen + preety + good + nice + gila potato= sentimental value? FARHANA_FAR+ nice + good + hardworking + kelakar habis + peminat lagu jiwang + sempoi= dasyat? NAJWA N_WAWA+ gila2 kentang putar + tiada perasaan sedih atau marah + happy 24jam even pelbagai musibah melanda + gembira sahaja= hati happy? LEE LI YEN_ LIYEN + pandai tahap einstein+ suka tidur dalam kelas + suka baca majalah + makan nasi putih kuah air sejuk = weird but intelligent? LEE ENN SIN_ ENSIN+ lawak + pelat pekat + supporting + dancer + cheerleader + poeter + pandai + suka baca majalah= good teacher?

Tu jela kawan2 kelas yang aku rapat pun.. Yang lain tu tak sangat la.. Maybe sebab dorang tu tidak mencari popularity di dalam kelas? Mungkin diam itu lebih baik bagi depa? Mungkin menjadi passive dalam kelas lebih menyelamatkan..?? Tapi aku tak lupa pada hampa la.. Eventhou, hampa diam aku bertuah dan bersyukur dapat berkawan dengan hampa;- ANIS AFIQAH, MAISARAH, HANIS NURAMIRA, FATIMAH AZWA, SHARMILA, UMIL NADIAH & ADILAH HANI

Sebelum aku pindah.. Ingat la aku selalu ya.. Aku ni selalu menyakitkan hati kalian semua.. Tapi aku mohon ribuan kemaafan dari hampa semua.. Semoga kita dapat berjumpa lagi kelak..

Setakat ini sahaja coretanku kali ini.. Semoga berjumpa kali di tinta yang akan datang.. ASSALAMUALAIKUM
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN

Saturday, October 2, 2010

≈Saat Detik Aku Kenang ≈

2-okt-10
Hmmm, dalam mood yang moody + angin satu badan + marah.. Tapi nak sangat tuliskan something kat kotak biru ni..

Banyak sangat memori yang aku tak boleh lupa dengan kawan2 aku.. Tak kira la kawan2 dekat Penang atau Kedah.. Tapi semua kawan2 aku memang terbaik.. Huhux^^.. Ikhlas taw.. Kawan yang aku tak suka tu, aku benci betul2 la, tunggu hari makan penumbuk aku je.. Ok2, masuk topik balik ye.. First, aku nak citer kenangan aku dengan kawan2 aku kat Penang, Balik Pulau, Kongsi.. Perghhhh! Bila dengan hampa tiap2 hari aku tak lekat kat rumah.. Ada saja aktiviti2 yang kita buat.. Tiap2 petang curi2 main badminton kat court badminton berek polis.. Hahax.. Selalu ja kita kena marah dengan pak cik2 kat situ sebab main tanpa kebenaran.. Lepas main badminton kita pergi minum + makan + lepak2 kat kedai makan sebelah library daerah tu.. Perghhhh! Wa cakap sama lu memang terangkat la bila makan bihun sup kedai tu + cabai jeruk.. Erghhh cedap.. Laksa kat kedai tu pun sedap.. Aku makan habis kurang pun dua mangkuk.. Normal la tue bagi kawan2 aku.. Lepas tu kadang2 kita pi kayuh basikal naik bukit telok bahan, bukit manggis, bukit lama, bukit baru, bukit hilton.. Tapi yang tak boleh lupa tu kita kayuh ramai2 pi telok bahang; cikgu praktikal buat parti BBQ.. Perghh.. Kita mandi sampai kecut2 badan.. Pastu waktu kita nak balik suma tak larat.. Haha, mungkin sebab letih makan + mandi kot.. Apa pun memang enjoy habis.. Tapi yang tak boleh lupa, kita tiap2 hari g CA.. Main dota ja kerja kita.. Dari noob jadi pro.. Dari 'first blood' sampai 'god-like'.. Haha, suatu ketika, aku orang ke-5 yang paling banyak menyumbang duit kat CA.. Nak dekat beribu juga la.. Lepas tu kita minat pergi gym pula, pulun la kita g gym tiap2 petang, malam pun pernah. juga.. Lepas tu kita terlibat dengan program Anak- Anak Kota.. The best experience that I ever had.. Masuk paper oww.. Gila la.. Nak cerita pun panjang pasal program anak2 kota ni.. Pape pun memang best la eventhough tak dapat duit pun tapi pengalaman & kenangan tu memang 'unforgettable' la.. Ape eyh kita selalu buat lagi petang2? Hah, kita selalu g ronda2 pastu pergi pantai pasir panjang.. Habis jauh pun Sungai Pinang ja.. Huhu.. Citer ni aku dedicate kepada kawan2 baik aku kat BALIK PULAU; farhan m, duncan, farhan f, amirul i, anas afifi, syahimi, k.rol mat da, pak din, k.e, haiqal, alfizi.. Yang lupa tu aku tak ingat nama sangat.. Tapi aku ingat juga..
(Tunggu episode 2)

Friday, October 1, 2010

Apa akan jadi? Bila bint★ng tiada...

1-okt-10
Aku dalam mood yang agak seronok tapi tak seronok sangat__ macam mana tu? Pelik kan? Aku pun tak paham perasaan aku di ketika ini..


Engkau yang aku sayang, mengapa buat begini.. Niat hatiku nak duduk lama_ apakan daya nak kena pindah dah..
Hehehe, ni baru saja mukadimah^^..

Ohh bintang malam nyanyikan lagu.. Rindu hatiku yang terpendam_ bintang malam lukis wajahmu seorang_ tolong la bintang bisikkan aku idea sikit--> tengah kering idea ni.. Huhu.. (Ngko kedekut la bintang_ sama je dengan 'star' tue..)

★★★★★
Aku nak mulakan coretan aku dengan pantun 'belah ataih mari'.. Lutut ikan dimasak barbique, ekor ketam masak sate, dengar sini readers blogku, ada benda baik punye aku nak cite!

Tadi petang aku boring sangat.. Aku ingat nak la g rumah sapa2 nak lepak+ sembang2.. Tengok2 kawan aku sorang pun tak da kat rumah.. Dalam jiwa yang kebosanan aku pergi ronda sowang2 aku kat area jitra.. Hmm, memang aku ni tak hala tuju langsung la petang tadi.. Tapi aku teringat balik, bila aku fikir yang najwa D ni kuat meronda rumah kawan2.. Aku pun terus la 'call' dia tanya dia kat mana.. Dia jawab yang dia dok kat rumah piqah.. Dia kata dia tengah dok online FB guna laptop baru piqah.. Perghhh, sampai2 ja aku kat rumah piqah aku tergamam tengok laptop piqah yang agak canggih dan moden sangat.. Bila aku tengok; NAJWA D, PIQAH & AWEN ni baru aku taw.. Sambil depa online FB depa dok perli2 gambar kenkawan yang lain.. Lawaknya, dengan gambar2 aku pun depa perli.. Adesss, depa ni lawak betul la.. Nak pecah perut aku gelak dengan depa.. Dalam masa yang sama aku boleh tahu rahsia2 depa.. Haha, aku suka juga dengar citer2 'panas' yang depa ada ni.. Hahax! Pas2 kami lepak pula depan umah piqah.. Depa perli pula orang yang dok lalu- lalang kat jalan raya depan umah piqah.. Adessss, lagi la lawak aku dengar celoteh depa ni.. Terubat juga la kesunyian aku hari ni.. Hmmm, letihnya + mengantuk sangat2.. Aku akhiri coretan aku dengan ASALAMUALAIKUM.. JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN

Its not easy to be me..

1-okt-10
Aku tengah baring kat sofa masa tengah tulis blog ni + menghirup oksigen yang free+ menonton bola sepak di tv.. Hahax, status aku macam bodoh lagi..

Aku nak cerita pasal ape ye? Kebosanan ni.. Hermmm.. Aku nak cerita macam aku boleh dapat sebiji motosikal dari ayah aku.. Huhu.. Korang ingat senang ke nak minta motor dari parents.. Gila ke ape.. Sebelum ayah aku belikan motor kat aku.. Tiap2 hari aku bebal + merungut + sangap sangat nakkan moto idaman aku sendiri.. Dalam tempoh sebelum aku dapat motor tu aku tiap2 hari kena marah dengan ibu aku- yela, mana tak nye, tiap2 hari aku merengek kat ibu suruh cakap kat ayah bila ayah nak belikan motor kat aku.. Sampai ada hari ibu marah kat aku gila2 sampai dia lempar habis barang2.. Lepas tu aku tak tanya dah.. Then, ada satu malam tu ibu panggil aku nak bincang dengan ayah aku beli motor ape.. Then, ayah kata nak beli motor rm3000 ja.. Aku sebenarnya tak kisah pun harga motor tu, tapi aku nak kan motor LC+ hand clutch.. Ayah aku diam ja bila dengar kata aku nak LC.. Aku cakap kat ayah aku tak kisah la motor LC tue 2nd hand pun.. Ibu aku pula cakap suruh beli moto honda je.. Herghhh.. Aku tak suka pun moto2 honda.. Ayah aku pula setuju dengan ibu aku..

One day, ada satu hari tu ayah aku ajak g kedai motor CH.. Ingat nak beli terus ja.. Tapi ayah aku suruh tengok2 dulu.. Mata aku cuma tertumpu kat LC extreme spirit biru/putih je.. Hmmm.. Pas2 ada sorang salesman ni dia suruh aku duduk kat tempat customer tu, dia nak cakap la pasal motor ni.. Nama pak cik tu 'Abang Nan'.. Nak tahu apa dia cerita kat aku? Dia cerita semua 'disadvantage' jika beli motor LC ni.. Dia cakap semua memang betul.. Tapi cara dia cakap tu macam nak suruh aku beli motor2 honda ja.. Hmmm.. Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita benda apa yang Abang Nan nak cakap dengan aku.. Tapi aku ringkaskan la ceritanya ok.. Lepas balik dari kedai tu, tiap2 hari lepas balik dari sekolah aku 'call' ayah aku tanya bila nak beli motor.. Hahax, gila la- mesti ayah aku meluat selalu dengan aku.. Then, satu hari ayah aku call suruh aku siap2 nak gi ambil motor.. Hahaha! Excited + rasa sedih je perasaan aku 'time' tu.. Kalau korang ada kat tempat aku korang mesti rasa apa yang aku rasa..? Huhuhuhu.. Setakat ni je aku boleh cerita.. Aku bukan pandai cerita pun.. Hmm.. Bye2..

ASALAMUALAIKUM!
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN