Nuffnang

Thursday, October 28, 2010

strong but not strong enough?

28-okt-2010

mood: sakit tekak laa.. perit la bila nak makan.. semalam aku pergi hospital nak check.. dokter kata tonsel aku bengkak + merah.. dokter tu bagi aku ubat2 yang boleh sembuhkan aku.. dokter tu kasi banyak ubat juga la; EXPECTORANT DIPHENHYDRAMINE, PARACETAMOL 250MG, AMOXYCILLIN 250MG, CHLORPHENIRAMINE MALEATE 4MG..

ubat2 ni aku kena makan bagi habis la.. kalau aku nak betul2 sembuh.. tapi sekarang pun aku dah rasa sakit aku ni dah kebah2 sikit dari 2 hari lepas... aku pergi hospital pun malam semalam.. kejap je aku rasa dah makin kebah sakit aku ni.. padahal baru ja makan ubat.. patut ke aku makan ubat ni sampai habis seperti mana dokter suruh aku buat?.. ataupun aku buat tak tahu ja.. ermm, bila aku fikirkan balik, aku ni cuma budak 16 tahun, berbanding dokter tu yang dah ada sijil PERDOKTORAN, aku rasa memang patut aku dengar cakap dia..
serentetan dengan itu, aku minta dokter tu bagi surat MC kat aku sebab aku tak maw pergi sekolah hari ni.. tambah pula, hari ni ada exam english.. aku memang malas sangat sebab tak baca buku langsung malam semalam.. bila aku bangun ja pagi tadi, semua family aku ada kat rumah.. ayah aku tak pergi kerja maybe dia cuti, lepas tu adik aku fazrul dan saufi depa dah habis exam so depa tak pergi sekolah pun tak pe, ibu aku memang tak kerja pun sebab dia suri rumah, aku pulak sakit tekak tapi tak pe la kot aku tak pergi sekolah sebab aku ada sijil cuti sakit.. haha... tadi pagi ibu aku pergi sekolah nak uruskan surat pertukaran sekolah aku, lepas tu bila ibu dah balik rumah, ibu aku bagitaw suruh bawa buku koko bagi kat guru kelas aku, dia nak isi ape ntah.. aku pun tunggu la ayah aku balik sebab ayah aku bawa moto aku.. bila ayah aku dah balik terus aku naik motor pergi sekolah, punya la malu gila, segan nak mampos, dah la aku tak pergi sekolah pastu masuk area sekolah pula.. aku buat muka tak malu la pergi masuk pejabat cari cikgu kelas aku, cikgu kelas aku tak da pula kat tempat dia, aku pun letak la surat MC aku atas meja dia, lepas aku keluar dari bilik guru tu, aku terserempak dengan ustaz kashmi, dia sembang kejap dengan aku, lepas tu aku terus pergi ke kelas aku, Odw masa nak pergi kelas aku tu, aku nampak cikgu mona fairuz_aku tanya la 'cikgu hizan ada kat mana?, cikgu taw x' cikgu jawab ' jap na, cikgu call tanya dia kat mana' lepas tu cikgu pun call la, rupa2nya cikgu nurul ada kat kelas 4Elite, puas taw aku cari rupanya dia kat kelas bawah je.. sebelum aku pergi kat cikgu hizan, aku nak masuk kelas aku dulu ambil barang bawah meja aku sikit, aku punya la malu nak masuk kelas aku, dengan masa tu depa semua tengah exam, lepas tu teacher Yusnianida tengah jaga kelas tu, tapi aku tetap beranikan diri buat muka slumber badak je_tapi sebelum aku ambil tu aku tanya teacher la minta kebenaran.. haha.. lepas aku ambil barang2 tu aku terus turun bawah bagi buku koko aku kat cikgu nurul hizan.. aku janji dengan dia nak ambil buku tu petang ni.. tapi HARAMM tak pi ambil pun..
Sebab petang tadi aku keluar dengan kawan aku.. aku budget tak hujan la belah tanah merah tu sebab aku tengok langit belah tanah merah tu cerah ja, sekali aku p hujan juga rupanya.. awal aku pergi tu tak hujan lagi cuma renyai2 ja, lepas tu aku ronda2 la dengan kawan aku masa hujan seriat sikit.. bila masuk highway ja terus hujan lebat menyambar kedatangan kami, aku ingat nak patah balik ja, tapi bahaya la patah balik sebab highway mana ada jalan dua arah.. gila la, aku redah juga la, lepas tu aku nampak ada exit highway bukit tinggi terus aku masuk la, dah lencun habis baju aku ni, tambah pula aku pakai jeans lagi la tak selesa aku dibuatnya, dengan kasut aku masuk air, adoihhh.. lepas tu kami terus cari tempat berteduh kat area tu, tengok2 ada garage kereta_apa lagi aku terus masuk la.. bagi kering sikit2 aku terus batalkan niat aku nak pergi makan kat Alor Setar dengan kawan aku, kami patah balik pergi Tanah Merah.. adesss, buang minyak moto ja, kalau awal2 kami pergi kat restoran tu mesti tak basah lencun macam ni, gila la.. dah jauh jalan pastu patah balik tempat yang awal2 tadi ja.. kami pergi makan kat Restoran SanThai.. kami memang budget nak makan TomYam je.. terkabul juga hajat aku nak makan Tomyam ni, memang lama dah kempunan nak makan pun sebenarnya.. akhirnya.. heheeee.. selesa juga restoran tu, tapi kami ni basah lencun yang tu la spoil sekali.. adussss.. basah kuyup pastu masuk restoran.. sedap la juga makanan restoran tu, tapi yang aku peliknya, kawan aku order ayam goreng tepung tapi yang sampai macam cucur manis taw x.. kalau korang tak taw cucur manis.. memang sebiji macam cucur manis.. tak boleh blah betul, rasa pun macam cucur manis, ayam dia pun tak rasa.. aku rasa depa salah beli tepung ni.. ataupun memang ayam goreng tepung thailand macam tu? tak mahal sangat la sangat apa yang kami makan.. tak sampai rm20 pun.. haha, bukan duit aku pun yang keluar, duit kawan sebab dia nak belanja aku.. BTW, thanks banyak2 taw.. kalau aku ada duit nanti aku belanja hang balik taw.. lepas tu kami pergi la jalan2 nak bagi baju kering, tapi memang sejuk tahap cipan la.. tak tahan sampai mengigil aku dibuatnya.. sebab baru lepas hujan kan.. memang the best day i ever had la orang putih kata..

lupa pula nak cerita, aku tak sempat nak cakap kat kawan2 + cikgu2 aku yang aku nak minta maaf sangat apa yang aku pernah buat.. di sini saya nak minta maaf ok.. kalau ada tersalah dari segi kata, perbuatan ke apa ke saya memang ikhlas sangat2 nak minta maaf.. aku sebenarnya malu nak pergi kat cikgu2 aku nak pergi cakap minta maaf + minta halal apa yang cikgu2 dah ajar ok.. saya tahu saya jahat.. saya tak sempurna seperti mana cikgu nak saya jadi..
saya sayang kawan2+ cikgu2 saya.. salam.. sehingga berjumpa dicoretan seterusnya..
SAYA SANGAT SAYANG KALIAN SEMUA

Wednesday, October 27, 2010

Honey Punya Cerita

27-10-2010

mood? sakit la sayang.. tekak terasa panas dan perit di setiap masa.. maybe sebab aku demam.. bila nak makan lagi la sakit sebab nak telan tu... perghhhh nikmat kesakitan tiada tandingan.. tak tahu la nak makan apa sebab semua yang aku makan semuanya sakit2 belaka.. ni lah ujian Allah berikan aku seupa aku lebih tabah berada di atas muka bumi ini.. dan aku tahu ni baru ujian kecil..

eyh.. korang nak dengar tak my Honey bucuk2 punya cerita.. dia ada tulis message kat aku yang berbunyi 'sayang la sayang oi yang ku sayangi lagi menyayangi bersama orang yang tersayang sehingga kesayangan itu tak mampu dibuang daripada orang yang tersayang macam you sayang..' aku lantas memujinya bahawa ayat2 dia tu seperti orang sastera walaupun aku sendiri kurang faham apa yang dipertuturkannya.. lepas tu dia minta aku masukkan dalam blog aku ni.. haha.. aku apa tunggu lagi.. aku terus masukkan la.. tunggu cangak lagi?

asalamualaikum
jazakallahuqairankasiran

Monday, October 25, 2010

Masa itu pantas ye?

25-oct-2010

awak kenapa masa ni terlalu pantas..? dia cemburu eyh dengan kita..?

saat aku mengenali kalian di sini tak akan pernah aku lupakan sampai bila2.. kalian semua terbaik bagi aku.. terutama kawan2 lelaki aku yang ada kat jitra ni.. aku tak ramai kawan kat jitra ni.. tapi cukup la bagi aku untuk menemani setiap hariku.. agak pening sikit ayat2 aku ni.. tapi pandai2 la kalian faham.. aku nak pindah sekolah 30-oct-2010 ni.. huhu (T_T).. tak seronok pun tapi kena terima jela hakikat bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahan..


kepada kawan2 aku yang dekat jitra ni.. hari aku nak pindah tu datang la ye mai tengok aku berangkat.. kalau rajin tu mai la tolong angkat barang.. eyh2.. sorry ye.. ni bukan paksaan.. ikut korang la kalau nak tolong tu tolong la.. ringan sikit kerja2 mengangkat barang nanti.. maybe tak banyak barang yang nak kena angkat.. ada la almari sikit + barang2 lektrik sikit + sofa.. haha.. kalau nak diharapkan kudrat aku sekeluarga maybe tak mampu kot.. tapi tak taw la kot2 ada jiran2 yang free hari tu ley tolong kami.. macam aku pindah dulu ada kawan2 aku & kawan2 adik aku + jiran2 mai tolong.. seronok juga la time tu.. ada orang sponser makanan kat kami.. tu yang bertambah seronok..


kepada kelas 4Arif.. diharap korang semua ok2 ja dalam kelas bila aku tak da nanti.. tak maw gaduh2.. bila aku dah tak da nanti tenang la sikit kelas 4 Arif tu.. sebab aku ni just bawa masalah ja kat kelas 4 Arif tu... aku ni suka memalukan kelas 4 Arif je kan.. biarlah aku pindah jauh2.. umpama kata orang tua2; bila dekat orang mengata, bila dah jauh orang teringat kat kita.. tak tahu lagi la kalian ingat aku ke tak.. maybe korang citer buruk je pasal aku ni.. yela, aku budak masalah dalam kelas tu kan..? aku sedar dol.. tak payah la nak sound depan2.. satu lagi.. kalau tak maw kawan tu, tak ya la kawan ok.. tak kisah pun sebenarnya.. tak payah la citer buruk2 + kutuk + sound aku.. kita hidup masing2 ok.. tak kacau duit or harta mak bapa nenek tok wan sape2 pun.. hal someone tu kita jangan la busybody sangat ok? kalau tak puas hati tu cakap ja.. tak yah la tegur2.. nampak sangat ada iri hati dengan aku.. =..= first sekali, aku nak bagitahu la kan.. duit kafan + keranda + batu nisan semua tak kacau duit kalian.. duit khairat kematian lagi la tak kacau sape2.. aku simpati la kalau kalian malu nak kawan dengan aku.. tapi sebenarnya ADA AKU KISAH? please la.. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sepak terajang sape nak kisah weyh..? alaa.. kesiannya, hasad dengki dalam tu semua ada dalam diri manusia.. FYI, who cares sayang? bestnya aku tulis kata2 ikhlas ni.. peribahasa melayu ada menyatakan_ bila dekat bau busuk, bila jauh bau wangi je.. faham2 la sendiri kata2 ni ye.. semua aku tulis ni untuk semua kawan2 yang mengenali aku + yang tak mengenali + baru nak mengenali pun tak pe..


aku seronok la kalau dapat kawan dengan ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.. ######best sangat kawan dengan laki.. sebab perempuan suka sangat menyakitkan hati aku.. tambah2 bila perempuan tu dengan kawan2 dia.. perghh, kalau dia boleh aibkan orang tu, kejap je dia boleh buat.. tu ikut perempuan juga la.. kalau baik dia tak la buat benda2 macam tu.. tak pe la.. aku tak salahkan pun mak bapa sape pasal anak dia suka aibkan orang.. aku nak salahkan 'monyet' dia..


Apa2 pun semoga hidup kalian bahagia ok? sekian kata2 ikhlas dari hati Ahmad Faiz bin Zulkipli @ Najmin Azraq.. Asalamualaikum.. segala kata2 aku adalah untuk kebaikkan kalian dan menyedarkan kalian dan bukan sahaja aku beri untuk kalian tapi untuk diri aku juga.. InsyaAllah.. macam ustazah aku kata.. kalau perli lebih senang orang nak faham + perli itu adalah salah satu cara orang tua dulu2 menasihati.. tapi ikut la persepsi masing2 tu.. aku malas cakap dengan orang ego dan tak terima cara orang lain sama...

JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN

Saturday, October 23, 2010

Biru Itu Aku, Bintang Itu Dia

23-oct-2010

mood; tengah ok2 saja.. rindu sangat sama isteri yang berada di pulau sana.. haha.. aku ingat nak pergi la Penang selalu bila dah pindah Sungai Petani nanti.. tapi satu jer masalah.. dia jer yang tak nak jumpa aku.. tapi bukan bermakna dia tak mau jumpa aku terus.. atas hal yang tertentu dan bersebab memang dia tak boleh keluar nak jumpa aku.. yela, tahun depan kan dah nak ambil SPM.. abah dia dah tentu2 tak bagi dia keluar rumah sangat.. tapi ikut dia jela kan, kalau nak keluar tu boleh tapi pandai2 la cakap.. aku tak kisah sangat kalau dia tak mau jumpa aku sebab aku faham situasi dia.. kalau aku paksa pun bukan boleh ubah apa2.. apa pun aku sangat merindui dia.. hopely, aku masih ada dekat hati dia..

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca blog aku nie? huhuhu.. aku tahu la blog aku nie tak se"femes" blog lain.. yela, blog orang lain tue follower dorang memang ramai sesangat.. haha, apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan blog aku ni yang ada follower bawah 20 orang ja.. eee.. tak standart langsung pun.. tapi aku dalam proses la nak mencapai blogger yang maju dan hebat.. memang aku nak sangat2 jadi blogger yang hebat dan dikenali ramai.. hahax.. boleh ke aku mencapai impian aku untuk menjadi blogger maju sebelum 2011? haaa, itu yang kita tak tahu.. apa pun aku perlu sokongan korang semua, lepas korang baca blog aku ni, tolong la follow + berikan komentar yang baik2 untuk aku.. sesungguhnya, jasa baik korang semua akan ku ingat sampai bila2.. aku cuma nak tahu.. isi cerita blog aku ni tak 'best' ker atau kurang menarik? haa, itu yang kita tak taw.. adakah isi cerita aku ni tak cukup sewel untuk menyewelkan anda semua? apa pun kesewelan aku mungkin tak dapat dizahirkan melalui kata2 maybe dengan perangai aku je.. alaaa, kalau tak cukup lawak @ sewel pun entri2 aku ni, korang buat gelak + seronok je k.. tahu la entri2 aku ni membosankan pun.. tapi tak yah la buat teruk..

Ehh! aku ada cerita tak kat korang pasal aku pergi program dekat sekolah menengah Hosba.. aku dapat pergi Program Majalah Dalam Kelas anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.. nama program ni dengar macam seronok sangat.. tapi boleh la.. aku gredkan program ni 10 bintang la dari 100 bintang.. program ni tak best bukan apa.. aku rasa disebabkan oleh dua orang penceramah dia ja.. tak berapa best la cara dia nak sampaikan tu tak berapa nak dapat.. aku kesian tengok diorang.. dorang 'try' nak buat lawak.. yang aku tak tahan betul bila abang tu buat lawak "teka abang ni dari negeri mana?.. ok2, abang ni dari negeri 10-1.. negeri apa eyh, negeri 7?" memang lawak tahap dingin la, nak gelak tak tergamak sebab memang tak lawak pun, kalau tak gelak abang tu terasa pula.. tapi tak menjadi masalah la bagi aku pun.. bila lawak tak jadi tu la aku nak gelak.. aduh, biar la.. mungkin diorang tu orang baru lagi.. apa yang aku nak cerita ni, program ni banyak ceritakan pasal buku2 yang Dewan Bahasa dan Pustaka keluarkan.. dan aku langsung tak tahu pun yang DBP dah keluarkan 10 buah jenis majalah.. itu tak termasuk buku2 teks yang diorang buat, buku2 kamus, buku2 novel dan macam2 lagi.. first aktiviti tu abang 'Gabu' nak kami berada dalam kumpulan, sekolah aku diberi kumpulan dengan sekolah SMK Tengku Bendahara .. memang tak berapa happening sangat sekolah tu.. diam jer aku tengok depa tu, mungkin malu kot untuk bersuara.. sekolah yang kami team sekali tu semuanya perempuan.. first task yang kami kena buat ialah membina menara yang paling tinggi + boleh menampung berat dua batang pen marker.. yang paling mencabar tu disebabkan oleh menara yang kami buat ni bahannya adalah straw minuman semata2.. tak boleh pakai gam, gunting, pita pelekat.. dengar memang agak senang.. tapi memang susah.. cuba korang bayangkan... depa bagi straw seplastik.. korang nak buat menara macam mana? dah la kena buat menara paling tinggi.. adoi.. pastu kena tampung berat 2 batang pen.. tapi tak mustahil benda tu boleh jadi.. atas daya usaha dari pemikiran ahli2 kumpulan aku mereka berjaya membuat menara tertinggi.. tapi sayangnya akhirnya ranap pabila diletakkan sebatang pen marker.. huhu.. walhal, kumpulan lain buat tak tinggi pun tapi mampu menahan beban pen yang sememangnya tak berat sangat pun.. cuma bentuk menara kami tu ja tak kena gaya sebab tu runtuh.. lepas tu kami kami dengar la sedikit sejarah tentang DBP ni.. then, rehat jap g makan.. g makan bihun goreng jer pun + air sarsi bancuh.. bihun tue memang tak sedap, ikhlas aku kata cuma ley kenyangkan perut aku ni je.. haha.. bihun tu daun kucai je lebih.. yang laen apa pun tak da.. hampeh.. lepas tu aku tunggu jap la sementara tunggu program tu mula balik.. agak kebosanan la sementara nak tunggu program tu bersambung.. selain tu ada la aktiviti2 lain.. aku nak cerita pun tak reti tapi dia suruh wat persembahan la kat atas pentas.. itu jela cerita aku nak ceritakan.. yela, program ni dengar je macam best.. tapi tak sangat la.. tengah2 je..


ok guys! bye2.. asalamualaikum.. jazakallahuqairankasiran.. semoga hari2 korang happy2 selalu..

Wednesday, October 20, 2010

20102010

20102010

mood: seakan-akan gila dek kerana terhantuk pintu bilik.. huhu.. adesss, exam minggu depan.. tapi langsung aku tak study.. bagus punya budak.. hee.. aku malas la.. tahu jela kan memang aku ni malas..

Dalam kelas suka sembang.. sampai ada suatu hari tu cikgu kimia marah2 aku sembab sembang dalam kelas.. tapi biar jela kat dia.. macam tu la cikgu.. tu tugas dia.. buat apa nak cerca dia.. sedangkan dia sedang bertungkus lumus untuk memajukan anak murid + bangsa dia.. kerja sebagai cikgu ni adalah antara kerja paling mulia di sisi Allah.. sesungguhnya mereka seolah-olah mereka itu ibu bapa kedua bagi kita.. mereka mendidik kita untuk berjaya.. percayalah.. tak ada cikgu yang nak anak muridnya lingkup dari segi akedemik mahupun sahsiah diri.. seteruk mana pun cikgu nak marah aku.. aku tak kisah.. aku yang salah dan aku berusaha tak akan mengulangi kembali.. kenapa ya aku bukan yang terbaik? sebab yang semuanya baik itu tak akan ada lama diri seseorang itu.. kerana kita manasia lemah yang mungkin ada buat salah silap dalam di tika hidupnya.. hmm.. aku nak share something ni, kata- kata dari cikgu Bahasa Malaysia en. Mhd Na'im b. Hashim, 'Setiap yang zalim itu ada hikmahnya'.. hikmah yang dimaksudkan cikgu itu mungkin kita tak akan dapatnya sekarang tetapi kebaikannya akan ada pada masa sekarang.. seperti contoh cikgu aku cakap.. firaun suatu masa dulu pernah mendera + menyiksa rakyatnya untuk menyiapkan piramid2 yang kita boleh tengok sampai hari ini.. tapi adakah anda sedar pada hari ini, negara Mesir mengaut keuntungan berbilion USD dalam setahun atas nilai sejarah yang ada pada piramid2 itu.. adakah anda sedar tentang cerita pembinaan Taj Mahal, tentang pembunuhan yang dilakukan oleh Hitler, pembinaan Tembok Besar Cina oleh pemerintah China, Qin Shi Huang yang meragut beribu2 nyawa.. hmmm..

Si Penjual Telur

20-okt-2010
mood: penat la.. dari pagi sampai petang tadi terlibat dalam porogram Majalah Dalam Kelas.. tapi seronok je la.. walaupun pengaturan program tu agak serabut dan tak berapa syok pabila penceramah dia kurang skill sebagai penceramah yang mampu menarik minat pendengar.. maybe one day dia boleh juga jadi someone yang seronok nanti.. hah! sebelum terlupa aku nak cerita la satu cerita lawak yang aku baru ja aku teringat.. sebenarnya aku dah baca lama da.. tapi still terngiang2 di otak aku sebab agak kelakar dan terntah hape2.. tape pape pun korang enjoy saje k. klau tak rasa lawak tue.. korang g hospital untuk check masalah mental anda k..

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.




Friday, October 15, 2010

Kau bodoh ke aku yang bodoh?

15-okt-2010
mood; kebosanan sebab tak tahu apa nak buat sangat.. so, korang tahu2 jelakan bila aku tak mood nie la aku suka tulis blog.. kalau aku tulis blog aku sukabila mood aku tengah marah... sebab aku banyak idea dari aku mood baik.. sekali lagi peringatan, ini blog aku.. suka hati la apa aku nak tulis ok?.. jangan la nak canang2 kat orang aku ni jahat.. korang (siapa terasa boleh amik simpan letak celah ketiak wat deodoran) tu yang jahat kot nak canang kata entri2 aku tulis ni berbaur pengkhinatan @ sindiran.. kalau korang tak puas hati buat la page sendiri.. aku tulis atas apa kehendak aku nak.. ini cara aku dan tak kacau hampa sorang pun.. kalau lappy + elektrik + line internet aku nie hampa punya tak pela juga nak halang2 kan? tapi malangnya bukan hampa punya.. alololo, tak puas hati? suka hati lu lar..

MENGAPALAH kawan2 (sape terasa amik.. lepas tue letak atas pale buat shampoo) aku kat sini tak takut dengan aku.. maksud aku kenapa depa tak respect aku..? dulu kawan2 aku kat Penang tak adalah biadap dengan aku.. maybe dorang kenal aku better.. yela aku dah lama kat sana.. depa dah kenal aku nie orang jenis yang macam mana.. aku tak suka orang yang jenis lepas cakap macam sial.. aku cakap terus terang la.. kalau muka cantik @ handsome tapi perangai macam baghal + mulut macam longkang pun tak da guna k.. lagi satu nak cerita la kan.. aku memang suka gaduh2 nie.. aku nak bagitaw lagi, aku nie selalu gaduh pasal benda kecik sebab aku ni panas baran + even, kawan baik aku pun aku pernah pukul.. siapa ja yang pernah cabar kewibawaan aku sebagai lelaki memang aku settle habis- habisan.. aku sanggup mati-matian untuk jaga maruah aku dan benda yang aku sayang.. sejarah aku gaduh; aku tak pernah kalah dengan siapa pun.. kalau aku tak mampu nak gaduh dengan orang tu aku akan cuba elak.. tapi kalau 'sialan' tue "pull out my trigger" aku memang gaduh bermati-matian.. okay3.. siapa yang tak puas hati dengan aku sekarang ni? aku tak suka settle cara baik.. aku suka gaduh.. aku memang tak pandai gaduh (tikam lidah) dengan orang.. jadi cara untuk selesaikan masalah aku dengan tumbukan padu kat kepala la..

ermm.. korang tak percaya ke apa aku cakap ni? korang boleh tanya kat kawan2 aku yang pernah tengok aku gaduh.. seriously, bukan aku nak menunjuk diri aku kuat atau tak.. cuma peringatan untuk yang tak tahu.. diam tak diam.. tahun nie aku macam berubah sikit bila datang kat sekolah baru ni.. tak gaduh dengan orang.. tapi orang cari gaduh ada la.. dah la gaduh sebab perkara yang tak pernah berlaku.. kalau aku jadi laki yang marah kat aku tu mesti dia malu tahap cipan.. dah la benda tak betul tiba2 mai sound kat aku kata aku keluar dengan GF dia la, kata aku rapat dengan GF dia la, kata aku buat benda pelik2 dengan GF dia la.. lepas tu, paksa aku mengaku betul apa yang dia cakap tu.. nak mengaku apa kalau aku dah tak buat sial woi.. dia ingat aku takut.. macam taik lagi.. tahu la muka aku handsome (perasan la plak) mesti dia takut aku nie ancaman atau persaingan bagi dia.. hahaha.. suka hati lu la der.. kalau tak nak orang kacau GF lu, lu ambil simpan GF lu bawah katil, tak pun dalam almari ke, baru orang tak leyh kacau..
adesss, penatlah saya menulis nie..

bye2 semua.. sayang semua readers.. jangan marah taw? Tun Dr. Seri Mahathir meluahkan isi fikiran dan ketidakpuasan hati dia melalui blog.. aku juga mahu seperti beliau.. sebab kalau luahkan fikiran melalui media massa kebanyakkannya memang tak sampai apa yang betul2 beliau nak cakap sebab media massa takut ban.. selidik dulu ye apa yang saya nak cuba cakap ni k.. tak reti la saya nak cerita panjang kalau orang tak faham...

ASSALAMUALAIKUM
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN