Nuffnang

Sunday, September 12, 2010

SEDIH..

Sedihnya..

jap nak lap air mata

memang hampa tak nampak

yela! macam mana nak nampak..

adoi, aku boleh tulis ja..

expression aku mungkin boleh hampa rasa kot..^^


baru ja pindah jitra nie tak sampai pun setahun.. tapi dah nak kena pindah ke SUNGAI PETANI.. walaupun dalam kedah.. tapi tempat tue jauh dari jitra.. aku pindah nie bukan ape.. biasa la AYAH aku kerja kerajaan.. dia pindah jitra nie pun sebab ayah aku yang minta tukar supaya lagi dekat dengan TOK aku dekat kampung.. tapi bila ayah aku kerja kat KUBANG PASU ni.. ayah aku kerja penolong boss la.. ayah aku sebelum ni tak pernah kerja bawah orang.. so, pengarah ayah aku minta tukar g SUNGAI PETANI sebab kat sana ada pejabat baru.. ayah aku biasa la dia dapat jawatan dia balik.. Now, ayah aku dah start kerja kat SP.. dia dok berulang- alik seminggu sekali ja.. memang sedih la.. tapi apa nak buat, dah kerja & amanah orang dah bagi.. kena pikul jela..
Yang sedihnya aku laa, dah la baru pindah, baru jer dapat kawan yang best2, baik2.. dah nak kena berpisah.. aku bukan apa.. masa aku kat sekolah Paya Kemunting ni pun aku susah sangat nak cari kawan.. nak kenal mana kawan, mana lawan.. yela, bila datang sekolah baru ni kenalah pandai cari kawan, silap dapat kawan, lingkup kita nanti, menyesal tak sudah nanti.. aku sekarang makin rapat dengan budak2 kelas aku.. yela kami jela kelas sains tulen kat sekolah tue.. mestilah kena rapat.. dah kena duduk dua tahun sama2 belajar.. mesti la jadi macam family.. even, aku pernah ada masalah dengan kawan2 aku dulu, aku anggap tu cuma gaduh macam dalam keluarga jela.. carik2 bulu ayam, lama2 tumbuh juga.. bila aku dah duduk sekolah Paya ni lama2 baru aku paham dan seronok.. tak macam aku baru mai sekolah tue.. macam2 benda buruk aku fikir akan jadi kat aku nanti.. tapi sekarang tak dah.. aku rasa selesa sangat2.. dengan cikgu2, dengan suasana sekolah tu, aktiviti sekolah tu buat.. tapi apakan daya.. mungkin itu akan menjadi kenangan dalam diri aku.. betul kata orang; tak kenal maka tak cinta.. sifat yang aku tak pernah terfikir akan jadi tabiat aku bila berkawan dengan budak kelas aku ialah aku jadi seorang yang suka cerita korea, drama2 korea.. aduhh, habits tue sepatutnya untuk perempuan.. haha, ok la tu.. lantak la..

hrmm.. bila diteringatkan balik.. memang sedih la nak pindah lagi.. dah la kena tinggalkan kawan2 kat PENANG.. nie pula nak kena tinggalkan kawan2 kat JITRA.. eventhou', aku baru je kenal kawan2 kat sini.. aku tetap akan ingat sampai bila2.. rilex la.. aku mesti datang juga lawat kawan2.. aku bukan jenis lupa kawan.. seronok la mengenali diri hampa masing2.. sebab tu bila raya aku 'terjah' habis setiap pelusuk rumah hampa.. yela, for the first & last time..




Sampai sekarang aku tak tahu.. apa yang istimewa ada kat JITRA nie.. yang aku tahu ada tasek tue jela.. kawan2 aku kat penang selalu tanya apa yang 'speacial' kat jitra nie.. aku kata la aku pun tak tahu.. nak cakap mall yang best, bagi kawan2 aku kat penang tue mesti tak.. apa pun datang jela JITRA nie.. best apa.. nak g mall dekat je.. naik basikal pun boleh.. aku dah berapa kali naik basikal g JITRA MALL (aneka).. rilex je.. buat muka selumber badak je.. nak malu apa.. ada orang pakai sarung pun masuk buat tak taw ja.. yang datang pakai kemas2-skinny ketat2, kasut nyala gondu punya, topi baik punya taruh atas- semua tu geng2 belah ataih.. depa tak taw nak dressing kat mana.. so, aneka pun jadi la..




HAHAHA!!


apa yang aku merepek banyak nie!


apa pun selamat membaca cerita mengarut tapi serius ni..


JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN!!


aSSalamulaikum!


No comments:

Post a Comment