Nuffnang
Thursday, September 30, 2010
What's done is done.. ^^
30-sep-2010
Di dalam mood yang agak penat.. Pening2 + banyak sangat benda kena fikir.. lalalalalalalalala~~
The harsh and hush day for me.. OoPpppssS! No! No! I'm not gonna write in english my dear friends.. Just for the moods only.. I already wrote my blog in english before.. So, i have made up to use bahasa in my writes..
Adesss, aku benci gila hari ni.. Yela, 'star' aku tak datang sekolah hari ni.. Tak da tempat aku nak mengada- ngada & tak boleh nak merungut.. Aku pergi sekolah hari ni pun bosan sangat.. Tak da semangat langsung nak belajar.. Gila 'down' aku hari ni.. Kalau aku dapat cari pasal dengan sapa.. Memang cukup kena dengan mood aku.. Teruk2 aku belasah sampai puas hati aku.. Tadi dalam makmal biologi aku rasa sentap gila bila ketiadaan 'star'.. Memang lain betul hari aku tanpa 'star' ni.. Tapi aku hadapi juga hari ni dengan penuh kesabaran.. Hari aku lagi lebih pabila 'classmate' aku tanya pasal hubungan aku dengan 'star'.. Aku tak berani nak jawab apa.. Cuma boleh jawab sekadar yang termampu.. Maaf OK kepada 'classmate' perempuan dalam kelas aku ye.. Sesuatu rahsia tu tak boleh la nak 'reveal' & 'share'.. Sometimes, aku perlu juga ruang untuk aku rahsiakan.. Ini cara aku.. Kalau tak suka cakap ja, hidup aku itu hak aku antara Allah.. Kalau nak fitnah tu fikir la logik dulu ye.. Tiada sindiran kepada sesiapa.. Kenali aku, fahami aku & aku akan fahami orang lain.. Aku tahu mulut orang kita tak boleh tutup.. Tapi tak apa la.. Nanti di akhirat aku boleh minta pahala kat orang yang pernah buat dosa dengan aku.. Tiada sindiran atau ingin menyakiti hati siapa pun kawan2 aku ok.. Kalau dah terasa sangat tu kita boleh gaduh pukul2 sampai koma atau putus kawan.. Itu prinsip aku.. By the way, aku cabar siapa saja yang tak puas hati dengan aku untuk gaduh.. Aku tak suka bincang cara baik atau sabar..
best2 jewsempoi jewhappening habis
Hah! Lupa nak cerita.. Petang tadi aku, AIDIL, DANISH & NOT pergi jalan2 + tangkap gambar kat area Alor Setar.. Memang happening habis dengan depa ni.. Gila kentang + cokodok je depa ni.. Sempoi je.. Kami 1st sekali hangout kat menara AS.. 'Snap' gambar banyak2 kat situ.. Papepun, terima kasih bebanyak la kat NOT sebab dia bagi aku pinjam duit untuk isi minyak + belanja makan minum lagi.. Aku tak sangka pun petang tadi nak pergi sampai A.S.. Yela, NOT kata nak pergi tukar spoket LC dia.. Tengok2 lajak terus sampai AS.. Lepas tu, kami pergi masjid Zahir snap gambar + solat asar berjemaah.. Then, kami 'rush' balik rumah la.. Masa ODW nak balik rumah, ada pula LC nak buat game atas road.. Gila laju LC orang tu, motor aku memang lembaps sket.. Kawan aku bawa gila laju try overtake dia.. Pas2 berlakulah kejadian ala2 rempit kat atas jalan.. FYI, kami anti rempit OK.. Sampai2 jitra kami teman la DANISH pi jumpa ejen dia nak do something.. Then, aidil + not belanja makan ABC.. Perghhhh.. Cedap.. Hmmm, rasanya takat ni jelah coretanku kali ini.. Sehingga ketemu lagi ya..
ASALAMUALAIKUM!
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN
Geram aku tak bersuara..
30-sep-2010
Aku tengah baring + malas sangat2 sambil menghirup oksigen menggunakan sistem pernafasan aku- hidung + mulut..
Aku masih tak faham apa erti hidup jika terus dipendam perasaan ketidak-puasan hati yang terus mencabar diri aku ini.. Biarlah persoalan itu terus menjadi tanda tanya kepada aku setiap hari..
Hmmm, aku ni bukan sempurna.. Aku bukan Nabi, Malaikat atau para Wali Allah.. Aku cuma manusia yang sentiasa patuh pada fitrahnya untuk meneruskan kehidupan aku..
Pedihnya siang aku hari ni.. Bukan sebab ada orang sakitkan hati aku.. Tapi disapa oleh sang Mentari.. Uwahhh.. Ayat... Class gituh^^.. Aku ni memang pemalas kalau nak dikatakan- memang lagi teruk dari si baghal.. Aku selalu tak buat kerja sekolah.. Bila tak siap tu, paham2 jela.. Cikgu pun siapkan la peluru2 21 kaliber yang seharusnya digunakan untuk membunuh penguin darat.. Tapi sebaliknya cikgu2 'fire' aku sehingga rosak buah pinggang serta tergeliat otak aku akibat bebelan yang agak 'hardcore'.. Hmmm, aku paham cikgu buat macam tu sebab sayangkan aku kot.. Tak taw la.. Mungkin tak kot.. Aku ni bukan pelajar 'favourite' mana2 cikgu.. Iyelah, muka aku ni macam mamak la, anak mami la, bangla la, pakistan la.. Hmm aku tahu, aku sedar, aku faham siapa sebenarnya aku ni.. Aku tahu korang 'jelous' sebenarnya dengan ketampanan aku yang seperti model2 terkenal dunia.. Hahax3 ^^.. Masuk bakul angkat sendiri.. Yo yo ooOO je.. Poyos2..
Hermmm, ouh terlupa pula.. Nak bagitaw nieh.. AKU SHAYUNKS SEMUA MEMBERS2 TERBÆK AKU.. Bila aku dah tak ada nanti.. Contact2 la k.. SORRY LARI TAJUK LAX.. Huhu, saja yang buat iklan kormesial tak berbayar..
And the last but not least, LIVE YOUR LIFE OK, BE THE ONE WHO YOU WANT TO BE, LIFE MUST FUN, ENJOY THE REST OF YOUR DAY AFTER READS MY BLOG OK!
ASALAMUALAIKUM!
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN!
Thursday, September 23, 2010
ohhh! aku ingin kau tahu..
Tengah baring & pening dengan blog ni.. Tak boleh tukar font.. Pastu tak boleh tukar warna font, saiz font.. Bengong betul!
Assalamualaikum!
Apa khabar pembaca2 blog aku ni? Semua dah habis buat puasa enam? Alhamdulillah kalau dah..
Aku nak bagitahu ni, semalam aku mimpi taw.. Perghhhhh! Best gila.. (Woi, jangan fikir kotor) Aku mimpi aku jumpa seorang nenek tua.. Dalam mimpi tu nenek tua tu sebenarnya nenek kebayan + sihir + ahlil nujum + tukang tilik.. Nenek tua tue tanya aku 'Cu, cu tanyakan segala pertanyaan kepada nek.. Segala soalan cu nak tahu nenek akan jawab'.. Tak ada benda lain lagi aku nak tanya sebenarnya kecuali aku nak tahu siapakah gerangan perempuan yang benar2 mencintai aku.. Setelah aku bertanya soalan itu.. Nenek tu pun jawab 'soalan tue senang cu, cNta aMat mAhAL tAkr!FnYa..e2LaH Yg dFitRahkAn 0Leh aLLah kPd hAmbAnyA..cNtA hNya t'2L!s pd p'ktAaN tEtApi gAgAL dLihAt pD zAhiR..krN cNta e2 AdLh tNgGuNgjWb dmNa WjuDnyA ksETiAaN&KjjuRan yG b'1 d'dLmnyA..eNgtLah pD yG 1,jjuR pD yG stiA,stiA pD yG kAsiH,kAsiH pD yG rNdu,rNduLh pD yG m'nyAyAnGiMu..
cNta xkN hAdir kLAu TdK d'cri..cNta jGa xkN dA kLAu xdA sApA yG m'bEri,tp M'cri biArLh pD yG SuDi..BkN M'mNta pD yG sMpAti..e2Lh eRti sBnr CINTA SUCI.. Perempuan yg benar2 menyintai cu ialah n** ****** ****' Aku kemudian dapat melihat imbasan muka perempuan tu sekelip mata ja.. Kemudianya, aku terjaga dek ketukan kuat pintu bilik aku oleh ibu aku.. Cerita aku nie mungkin tak relevan, sebab cerita dari mimpi je pun.. Mimpi tu mainan syaitan.. Tapi bila dipikirkan balik mimpi aku tue macam aku tengok movie HD+3D.. Macam real + boleh rasa sentuhan.. Nyahahahaha.. Mimpi yang pelik + best + gempak.. Tu jer aku nak citer pun.. Bye! Sayonara! Annyong! Chalga! Assalamualaikum!
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN! Sekian
Bila Aku Dah Tiada Nanty
mood memang down sangat2 masa tengah tulis nie..
kalau la benda nie tak terjadi kan baik..
sebab aku tak pernah pun minta benda nie nak jadi
kawan2 special ku
bosan la semua.. benci3.. aku tak suka la pindah nie.. makin aku nak pindah makin aku jadi malas jer.. taw nak buat jahat jer kat orang.. yela aku selalu fikir.. kalau aku buat jahat pun tak pa kan.. sebab aku nak pindah da.. adess.. tak suka la.. sekarang nie aku dok bagi sakit hati kawan2 aku ja.. aku minta maaf taw kawan2 aku.. aku sebenarnya 'caring' sangat pasal korang.. hampa p mana pun aku ikut.. aku tak mahu rugi apa pun kenangan dengan korang.. even hampa ajak aku pergi pasar malam pun aku ikut juga.. tak kira la apa pun..
kawan2
hermm kawan2 ku di jitra.. jangan lupa saya nanty bila dah tak ada.. ^^ saya tak nak datang jitra lagi.. saya tak ada saudara kat jitra nie.. CUMA ada kawan2 & kenangan.. Dan aku tak kan lupa sampai bila2.. tambah2 tahun nie kali pertama aku pergi beraya, sembahyang raya dengan kawan2.. sebab sebelum nie aku selalu ja balik kampung hari 1st raya.. boring gila.. dah la cousin2 tak selalu balik.. sebab tu aku tak suka balik kampung.. kawan2
aku harap seronok la bila dah dok SP nanti.. harap aku dapat kawan2 yang baik.. dan tak silap pilih kawan nanti.. aku budget sangat2 dapat kawan2 yang pandai2.. ley tolong aku nanti.. boleh aku dapat 10A+ senang sikit.. ^^.. apa pun nanty ingat2 aku taw.. contact aku selalu kawan2 aku kat jitra nie.. rindu pada 'star' la nanti.. My special star.. bila hari kita datang lagi.. kita akan berjumpa.. soyonara.. annyong.. selamat tinggal.. goodbye.. chalga.. chai chen.. :((
Saturday, September 18, 2010
Kau & Aku- tentang kita
Tengah baring sambil mnulis blog..
Bosan la sayang.. Dlin(darling) rindu sgt kat hney(honey).. Dah lama kita tak jumpa kan.. Contact dlm phone je.. Last kita jumpa pun masa cuti mid year hari tu.. U belanja I macam2, I know U bt camtu sebab U nak celebrate my belated birthday.. Nanti birthday hney, dlin datang penang lagi taw.. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang dlin datang then bawa duit lebih dlin balas balik apa yang hney dah buat & belanja dlin..
Walaupun dlin selalu buat hney marah, sedih, kecewa, sakit hati- dlin tetap sayangkan hney.. Dlin minta maaf taw dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Dlin akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk hney.. Aku bukan Nabi hney yang bisa sempurna segalanya..
Terimalah aku sebagai mana kau kenali aku.. Janganlah kau meragui cinta yang setulusnya dari aku.. Dlin nak sangat jumpa hney dalam masa terdekat ni.. Rindu sangat.. Banyak benda dlin nak cerita kat hney taw.. Kalau dalam hphone tak puas la nak sembang.. Alarh, nanti bila dah habis SPM kita try la apply universiti yang sama.. Kalau rezeki kita tak sama.. Terpaksa la dlin berjauhan dengan hney lagi untuk 5 tahun seterusnya.. Dlin ingat nak bertunang dengan hney cepat2 then g oversea sama2.. Lepas graduate terus kawin.. Haha^^.. Now, kita concentrate betul2 untuk SPM & achieve our goals..
Hney kena ingat selalu taw janji2 hney dengan dlin..
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN
ASALAMUALAIKUM
Tuesday, September 14, 2010
Tak Lekat kat Rumah Da ke...
14-sep-2010
Salam.. readers2 blog aku nie semua da start puasa enam ke? kalau tak start lagi tu cuba-cuba la puasa enam ok.. ganjaran dia sama seperti kita berpuasa setahun taw.. kalau tak mahu tak apa la.. aku cuma nak cari pahala dan nak mengajak je.. tiada paksaan dan sindiran ok..
kali nie aku nak cerita pasal aku raya kat rumah kawan2 aku lagi la.. macam biasa la.. raya ni tak taw la nak cerita apa.. so, aku cerita jela pasal aku beraya kat rumah kawan2 aku.. first sekali aku raya kat rumah ED la buat kali ke-2.. teman kawan2 aku yang belum g beraya lagi rumah dia.. mak dia kasi lima hinggit taw.. lepas la duit minyak depa untuk hari ni.. haha^^.. pastu kami terus menuju ke rumah hafiqah(kali ke-2).. hari nie mak dia masak buat laksa.. so, dia jemput kawan2 datang la makan kat rumah dia.. kat rumah dia kami semua berkumpul la untuk pergi rumah azween(kali ke-2) yang berhampiran kat situ juga.. mak azween masak mee goreng.. sedap la.. lepas tue kami beransur pula g rumah MAS (awek PA'AN) kat ASUN tue.. jauh kot... gila la.. yang paling aku tak tahan, setiap rumah kami p.. kami snap gambar je.. adoi.. haha.. then last sekali kami pergi la rumah NAJWA D yang kuku dia terkopek paling tragis.. beraya la aku kat rumah dia kali ke-2 juga.. adoi.. aku dok beraya rumah yang sama ja.. haha^^.. sebelum aku balik tu kami aku smpat lagi p booking court badminton untuk main esok pagi.. hope ramai la datang.. dapat claim duit balik.. ALHAMDULILLAH tak ada perkara yang tak diingini berlaku.. haha.. hari nie ramai juga yang datang beraya; aku, aidil, not, pa'an, danish, kimi, pit, ikmal naim, ed, pikah, nadiah, dayang, aween, faizah, najwa d.. sekian, wassalam..
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN
AssALAMULAIKUM..
Monday, September 13, 2010
Diariku Faiz
hari nie aku memang letih gila.. tahu jela kan aku semalam tulis blog & online sampai pukul berapa.. aku semalam tidur pukul 6 a.m.. siang aku dikejutkan oleh kawan aku NAJMI(chak) & HAFIF (pit) yang datang ke rumah aku pukul 9.10++a.m macam tu la.. depa datang sebab nak jemput raya kat rumah tok chak dekat padang sera.. jauh tue dol.. lepas depa balik aku terus sambung tidur aku sampai tengahari aku dikejutkan oleh HAFIZ (not) dengan panggilan telefon.. lepas tu aku terus mandi la.. not dengan danish datang la rumah aku.. kami nak g beraya rumah kawan2 la macam biasa.. aku pergi beraya rumah amalina.. cuaca masa tue panas sangat.. dah orang ajak beraya kena la datang kan.. tak kan tak mau pi kot.. nanti kecik hati tuan rumah.. lepas tue aku beraya rumah saudara ED.. makan mee kari pastu kami pergi pula rumah FAIZAH.. mak dia masak bihun gorang sedap sangat.. thanks taw faizah.. pastu kami confirm pula nak pergi rumah cikgu na'im sebab semalam dia tak ada kat rumah.. so, kami pergi la hari ni.. alhamdulillah, nasib baik dia ada kat rumah.. beraya kat rumah dia dapat duit raya.. rm5 taw.. walaupun tak banyak.. bersyukur la.. siapa nak bagi duit banyak tue kat kita weyh.. pikir la sendiri.. lepas tu kami beraya pula rumah kawan DAYANG.. lupa lak nama dia apa.. sorry ye kawan.. lupa pula nak bagitahu, kawan aku yang g beraya hari ni ramai; aku, pit ali, not, chak, dayang, ed, faizah, aween, nadiah, farhana, & najwa d..
Kejadian yang tidak disangka berlaku.. masa kami nak balik dari rumah kawan dayang tu.. kami bercadang nak pergi rumah PENGETUA ABDUL RAHMAN.. Tapi.. keadaan tidak mengizinkan.. Ibu jari kaki kanan najwa d terkopek dan patah sebab dia tersepak tongkat motor dia.. pedih dan menyayat hati sekali.. tragis... aku tak sanggup nak tengok sebab aku pening bila tengok darah banyak2.. tanpa membuang masa kami terus pergi ke hospital.. nasib baik la hospital dekat ja.. tunggu dia kat hospital tue lama juga.. kami dah berjanji dengan pengetua nak datang.. sampai isteri pengetua dah siap masak kat kami la... tapi nak buat macam mana dah benda nak jadi.. kita tak boleh nak patah balik masa.. so, kami minta maaf sangat2 kat keluarga pengetua.. apa pun nasib baik la semuanya selamat.. kuku najwa d selamat di kerat dan jarinya dibalut rapi.. harap tak berlaku sebarang infection la.. nanti tak pasal2 pula kena potong jari.. haha.. lawak ja.. jangan marah taw najwa.. then kami semua pun balik la,, dah lewat dah kan.. tamat.. sekian..
ASSALAMUAiKUM..
JAZAKALLHUQAIRANKASIRAN..
Sunday, September 12, 2010
SEDIH..
jap nak lap air mata
memang hampa tak nampak
yela! macam mana nak nampak..
adoi, aku boleh tulis ja..
expression aku mungkin boleh hampa rasa kot..^^
baru ja pindah jitra nie tak sampai pun setahun.. tapi dah nak kena pindah ke SUNGAI PETANI.. walaupun dalam kedah.. tapi tempat tue jauh dari jitra.. aku pindah nie bukan ape.. biasa la AYAH aku kerja kerajaan.. dia pindah jitra nie pun sebab ayah aku yang minta tukar supaya lagi dekat dengan TOK aku dekat kampung.. tapi bila ayah aku kerja kat KUBANG PASU ni.. ayah aku kerja penolong boss la.. ayah aku sebelum ni tak pernah kerja bawah orang.. so, pengarah ayah aku minta tukar g SUNGAI PETANI sebab kat sana ada pejabat baru.. ayah aku biasa la dia dapat jawatan dia balik.. Now, ayah aku dah start kerja kat SP.. dia dok berulang- alik seminggu sekali ja.. memang sedih la.. tapi apa nak buat, dah kerja & amanah orang dah bagi.. kena pikul jela..
Yang sedihnya aku laa, dah la baru pindah, baru jer dapat kawan yang best2, baik2.. dah nak kena berpisah.. aku bukan apa.. masa aku kat sekolah Paya Kemunting ni pun aku susah sangat nak cari kawan.. nak kenal mana kawan, mana lawan.. yela, bila datang sekolah baru ni kenalah pandai cari kawan, silap dapat kawan, lingkup kita nanti, menyesal tak sudah nanti.. aku sekarang makin rapat dengan budak2 kelas aku.. yela kami jela kelas sains tulen kat sekolah tue.. mestilah kena rapat.. dah kena duduk dua tahun sama2 belajar.. mesti la jadi macam family.. even, aku pernah ada masalah dengan kawan2 aku dulu, aku anggap tu cuma gaduh macam dalam keluarga jela.. carik2 bulu ayam, lama2 tumbuh juga.. bila aku dah duduk sekolah Paya ni lama2 baru aku paham dan seronok.. tak macam aku baru mai sekolah tue.. macam2 benda buruk aku fikir akan jadi kat aku nanti.. tapi sekarang tak dah.. aku rasa selesa sangat2.. dengan cikgu2, dengan suasana sekolah tu, aktiviti sekolah tu buat.. tapi apakan daya.. mungkin itu akan menjadi kenangan dalam diri aku.. betul kata orang; tak kenal maka tak cinta.. sifat yang aku tak pernah terfikir akan jadi tabiat aku bila berkawan dengan budak kelas aku ialah aku jadi seorang yang suka cerita korea, drama2 korea.. aduhh, habits tue sepatutnya untuk perempuan.. haha, ok la tu.. lantak la..
hrmm.. bila diteringatkan balik.. memang sedih la nak pindah lagi.. dah la kena tinggalkan kawan2 kat PENANG.. nie pula nak kena tinggalkan kawan2 kat JITRA.. eventhou', aku baru je kenal kawan2 kat sini.. aku tetap akan ingat sampai bila2.. rilex la.. aku mesti datang juga lawat kawan2.. aku bukan jenis lupa kawan.. seronok la mengenali diri hampa masing2.. sebab tu bila raya aku 'terjah' habis setiap pelusuk rumah hampa.. yela, for the first & last time..
Sampai sekarang aku tak tahu.. apa yang istimewa ada kat JITRA nie.. yang aku tahu ada tasek tue jela.. kawan2 aku kat penang selalu tanya apa yang 'speacial' kat jitra nie.. aku kata la aku pun tak tahu.. nak cakap mall yang best, bagi kawan2 aku kat penang tue mesti tak.. apa pun datang jela JITRA nie.. best apa.. nak g mall dekat je.. naik basikal pun boleh.. aku dah berapa kali naik basikal g JITRA MALL (aneka).. rilex je.. buat muka selumber badak je.. nak malu apa.. ada orang pakai sarung pun masuk buat tak taw ja.. yang datang pakai kemas2-skinny ketat2, kasut nyala gondu punya, topi baik punya taruh atas- semua tu geng2 belah ataih.. depa tak taw nak dressing kat mana.. so, aneka pun jadi la..
HAHAHA!!
apa yang aku merepek banyak nie!
apa pun selamat membaca cerita mengarut tapi serius ni..
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN!!
aSSalamulaikum!
Selamat Hari Raya
raya ke-3
Woahh!
aku first skali pergi umah hafiqah.. bukan beraya pun (aku rasa la).. sebab aku tak kena jamu apa-apa makanan pun.. tapi aku kira halal la.. haha.. sebab tujuan aku pergi situ pun sebab nak tunggu kawan aku... dia nak mai situ juga.. sebab kami kan nak g beraya sama-sama... takat nak tunggu dia punya la lama.. sebab dia janji pukul satu.. yang aku g raya umah pikah tue awal sangat.. ngoi betol la nadiah dengan aku nie... akhirnya AKU, NADIAH & PIKAH decided untuk beraya dekat rumah DANISH dulu la sementara tunggu AZWEEN & NAJWA D.. sampai- sampai jer rumah danish kami masuk la.. kami terjah habis rumah dia.. sampai ke dapur.. haha (jgn marah la danish).. danish pandai gak bancuh air.. kalu aku la.. HARAMM.. danish siap jamu dadih susu lak tue.. sedap gak.. aku bedal sampai 2.. then, bila azween dengan najwa dah sampai kami trus g stesen minyak sebab then terus straight the way to rumah DAYANG.. rumah dia ada buat makan-makan sikit.. kami makan nasi jagung kowt.. sebab aku nampak jagung dalam nasi tue (xtaw la betul ke tak.. kalu salah jangan marah ye).. and then sebelum kami nak 'chow' dari rumah dayang ada la buat sesi fotogradi sikit.. aku biasa la dengan muka poyos aku..
Kami meneruskan perjalanan untuk beraya di rumah CIKGU NURUL HIZAN.. tapi malangnya dia tak ada kat rumah.. dengan cuaca yang panas + stress kami buntu tak taw nak pergi beraya mana.. aku mencapai nfon lalu menelifon CIKGU MHD NA'IM.. 'salam cikgu, cikgu ada kat mana nie?' tanya aku.. 'cikgu ada kenduri nie' cikgu jawab.. ' kami nak beraya rumah cikgu nie, xpa ka?', 'xpa aih, mai la.. tapi xda orang la kat rumah.. tengok la petang nanti kot cikgu ada'.. (perbualan semakin mengarut.. xperlu diketahui)
untuk di ringkaskan cerita yang panjang lebar nie dan membosankan nie.. aku memang penat gila.. semalam ayah aku isi minyak motor aku penuh.. aku keluar g beraya nie habis kering minyak aku.. dah la dapat duit raya rm2 jew.. haha! apa pun aku bersyukur la.. ada juga orang bagi.. antara rumah- yang aku beraya hari nie; rumah HAFIQAH, DANISH (2x dah aku pi), DAYANG, AMALINA AZHAR, NAJWA D, CIKGU SAZITA..
apa pun memang best la.. semoga hari-hari yang mendatang lebih baik, indah dan seronok untuk aku.. Amin..
JAZAKALLAHUQAIRANKASIRAN
aSSalamulaikum..