Nuffnang

Sunday, April 26, 2009

Jerusalem (Baitulmuqaddis)

Aku Sukakan Sejarah Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis

Baitulmuqaddis (بيت المقدس) atau Jerusalem juga dieja sebagai Baitulmaqdis (Bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim, Bahasa Arab: القدس al-Quds; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam.
Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan:
Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.
Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun
1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Sejarahnya

Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap; Zaman Kuno, Zaman Pemerintahan Empayar Rom, Zaman Islam, Zaman Mandat British, dan Zaman Pendudukan Israel

Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Solomon's Temple (Kuil Sulaiman).
Tidak lama kemudian tentera
Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan Solomon's Temple. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod the Great tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom

Jerusalam

No comments:

Post a Comment